Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Nov
02

Assalamualaikum

Perhatian Buat semua pengunjung Singgahsana Kitchen. Dengan ini adalah di maklumkan bahawa Singgahsana Kitchen kini telah berpindah ke http://seleraputeri.blogspot.com

Terima kasih atas sokongan anda semua. Silakan dan teruskan lawatan anda ke SSK…..TQ

Nov
15

Kombinasi kek coklat moist dengan lapisan cheese yang paling enak dan sungguh sedap, mewah dengan rasa coklat. For chocolate lovers pastikan tidak ketinggalan mencuba resepi ini. Bila dah berdepan dengan kek ini, sesiapa jua pasti akan tergoda….tak kan ada yang berani kata tidak dan tak kan ada siapa yang dapat lari lagi….
Actually saya bertemu dengan kek ini bila blogwalking ke myluvlykitchen. Lalu saya mendapat ilham untuk menggabungkan kek coklat daripada sini, lapisan cheesenya pula daripada sini manakala toppingnya daripada sini. Untuk kek coklat saya lakukan pengubahsuaian sikit dengan memasukkan tepung aiskrim. Mai la cuba….pasti tak nyesal….Saya tak reti lah macam mana nak describe lagi pasal kek ini sememangnya marvellous!!!.

Luxurious Choco Moist Cheezy Cake 

Bahan Untuk Kek Coklat

  • 1 cawan serbuk koko [diayak]
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 gm butter
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 135 gm tepung gandum [diayak 2 kali]
  • 30 gm vanilla ice-cream powder
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 3 biji telur

Bahan Untuk Lapisan Cheese

  • 250 gm cream cheese
  • 100 gm coklat masakan putih
  • 2 biji telur A
  • 30 gm tepung gandum/superfine

Caranya

  • Cara Untuk Kek: Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula kedalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar. Ayak tepung bersama bicarbonate soda ketepikan. Pukul telur tak payah sampai kembang. Masukkan adunan coklat tadi dan gaul rata. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Gaul menggunakan spatula. Ketepikan.
  • Untuk Lapisan Cheese: Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu. Bahagikan kepada dua bahagian.
  • Cara Melapis: Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Masukkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan dengan sedikit butter. Kukus selama 15-20 minit. Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15-20 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.
  • Setelah sejuk, keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache resepi dibawah atau resepi pilihan anda masing-masing.

Chocolate Topping

Bahan-Bahan

  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair [saya buat 2 sudu besar sebab topping ni pekat sikit]

Cara Untuk Topping

  • Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
  • Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  • Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan
Nov
12

Masih ingat lagi tak rancangan ketuk-ketuk ramadan lalu? Dalam salah satu rancangannya, sheila rusly ada menunjukkan cara memasak nasi buah-buahan. Sedari bulan puasa lagi saya tertarik untuk mencuba….tak juga terbuat-buat….dan akhirnya dapat juga saya merealisasikannya semalam. Dalam rancangan itu, tidak dinyatakan resepi sepenuhnya yang ada cuma bahan-bahannya saja. Jadi saya telah gabungkan resepi dari koleksi-koleksi yang ada dengan sukatan saya sendiri serta menambahkan buah segar selain buah-buah kering.

NASI BUAH-BUAHAN (my style)

Bahan-Bahan

  • 500 gm beras basmathi
  • 600 ml air
  • 120 gm buah nenas [buangkan bahagian keras ditengahnya & dihiris nipis]
  • 80 gm aprikot kering [dihiris]
  • 80 gm kismis
  • 50 ml susu cair
  • 1 kiub ayam
  • 1 batang serai [dititik]
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar jus mixfruit cordial
  • 4 sekawan bahan penumis [kulit kayu manis, pelaga, cengkih & bunga lawang]
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Yang Dikisar Halus

  • 40 gm halia
  • 50 gm bawang besar
  • 15 gm bawang putih
  • 30 gm gajus/badam

Caranya

  • Beras dicuci dan rendam 5-10 minit, kemudian toskan. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
  • Panaskan minyak sapi bersama minyak. Masukkan daun pandan, serai, bahan penumis 4 sekawan diikuti dengan bahan kisar. Tumis dengan api yang sederhana sehingga naik bau.
  • Masukkan air, susu cair, jus cordial, kiub ayam dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
  • Bila sudah mendidih dan telah cukup rasanya, tuangkan ke dalam rice cooker, kacau rata. Taburkan buah-buahan di atas.
  • Tutup periuk rapat-rapat dan masaklah sehingga nasinya kering dan masak.
  • Semasa menghidang taburkan bawang goreng.

~pesan dari dapur singgahsana~
jenis buah-buahan dan kuantiti yang digunakan boleh anda adjust mengikut kesukaan dan pilihan masing masing.

Nov
12

Ayam ketumbar ni sebagai gandingan kepada nasi buah-buahan (lihat menu directory) untuk lunch kami semalam. Jauh tau saya pi timba resepi….kena menyeberang lautan pasifik yang terbentang luas nun….hehehe….cuba u all teka kat mana tu yer….yes, betul tu….kat umah JC di Orlando US sana. Memang klas ayam ni…sedap….ada macam-macam rasa kat dalam. Kalau nak tau cubalah. JC izinkan saya copy n paste resepi di sini yer untuk dishare dengan rakan-rakan yang lain.

AYAM BEREMPAH KETUMBAR

Bahan Perap

  • 1/2 ekor ayam -dipotong kecil (bole juga guna dada ayam)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu teh serbuk lada kering

Bahan Kisar Halus

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • 1 cawan daun ketumbar
  • 1 in halia
  • 1/2 in lengkuas

Bahan A

  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 helai daun kunyit }
  • 3 helai daun limau purut } siat2
  • 2 sudu besar gula perang atau gula merah
  • 1/2 cawan santan pekat
  • garam secukupnya
  • 1/2 biji limau nipis ambil jusnya
  • 1 cawan kacang peas

Caranya

  • Perap ayam dgn bahan perap selama sejam kemudian goreng basah dan ketepikan. Guna kuali yg sama tinggalkan minyak dlm 1/4 cawan kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau.
  • Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. masukkan bahan A gaul rata dan biarkan renih perlahan hingga ayam betul2 masak. Rasakan garamnya dan akhir sekali masukkan kacang peas.. biarkan kuahnya pekat sikit… boleh la dihidangkan.

Sumber: http://jceastmeetwestkitchen.blogspot.com/

Nov
10

Cucur pisang atau lebih popular disebut cekodok pisang memang digemari oleh sesiapa jua tak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Enak dimakan waktu sarapan, minum petang atau sebagai kudapan. Resepi masih seperti cucur pisang yang biasa cuma saya tambahkan horlick di dalamnya.

CUCUR PISANG

Bahan-Bahan

  • 250 gm pisang emas/berangan [lecek]
  • 180 gm tepung gandum
  • 20 gm horlicks
  • 80 gm kelapa parut putih
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh esen pisang [optional]
  • gula secukupnya
  • secubit garam
  • air jika perlu

Caranya

  • Satukan semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk adunan dan kacau rata. Tambahkan air jika perlu.
  • Panaskan minyak. Menggunakan hujung sudu yang dicelupkan dalam minyak panas, sudukan adunan kecil-kecil ke dalam kuali.
  • Balikkan gorengan hingga kuning keemasan dan angkat.
  • Hidangkan ketika masih panas.
Nov
09

Hati dah lama ingin tahu bagaimana rasanya kuih lapis pisang. Bila blogwalking ke umah rakan blogger yang menayang kuih lapis pisang, terasa-rasa kesedapan kuih tu bila rata-rata mereka mengiakan betapa sedap dan enaknya kuih tersebut. Ada tu sampai berkali-kali buat…kalau dah 2@3 kali buat…memang betul la sedap…kan…Idea kombinasi pisang dengan keladi daripada kak Watie yang duk nun jauh di Penang sana. Actually penyumbang asal resepi ni ialah kak Liza. Kuih ni dah ramai pengikutnya, antaranya kak Ummi, kak Yatie dan ramai lagilah. Memang betul kata kak Watie, kuih ni bertambah sedap bila rasa pisang dan keladi disatukan. Thanks pada kak Liza berkongsikan resepi yang best…juga kak Watie yang berkongsi idea….

Sebagai panduan untuk saya dan mungkin anda juga, saya telah convertkan sukatan cawan kepada metrik.

KUIH LAPIS PISANG & KELADI

Bahan A

  • 400 gm (2 cwn) santan – [100 gm santan pekat + 300 gm air]
  • 105 gm (1 cwn) tepung gandum
  • 90 gm gula pasir (asal 1/2 cawan)- [ikut kesesuaian masing2 yer]
  • 30 gm (2 sudu makan) tepung beras
  • 30 gm (2 sudu makan) tepung kastad/jagung -[saya guna tepung kastad]
  • 1 sudu teh garam

Bahan B

  • 150 gm (1 cwn) pisang emas/berangan – dilecek
  • 50 gm (1/4 cwn) air

Bahan C

  • 50 gm (1/4 cwn) air
  • 1/2 tsp yam paste
  • 1/2 tsp perisa keladi
  • 1/2 tsp pewarna ungu violet [jika perlu]


Caranya

  • Panaskan kukusan.
  • Gaulkan bahan A hingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Campurkan bahan B dalam satu bahagian, kacau rata dan bahagikan lagi kepada tiga bahagian yang sama (adunan pisang).
  • Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C, kacau rata dan bahagikan lagi kepada tiga bahagian yang sama (adunan ungu).
  • Tuangkan satu bahagian daripada adunan pisang ke dalam loyang (6″ persegi) yang telah digriskan. Kukuskan selama 8 minit. Dah masak cakar-cakarkan.
  • Tuangkan pula satu bahagian daripada adunan ungu sebagai lapisan kedua. Kukus lagi selama 8 minit.
  • Ulangi proses melapis sehingga semua adunan habis digunakan.

~pesan dari dapur singgahsana~
untuk kuih lapis, santan yang digunakan tidak boleh terlalu pekat ditakuti lapisan tidak akan melekat dengan elok.

Nov
08

Hari tu nampak posting sup telur kat umah knor….alaa…knor yang duk ganu tu. Nampak sedap je….lagipun dah lama juga saya tak masak sup telur untuk anak-anak. Nak dijadikan cerita, petang semalam juga saya masak menu ni sebagai lauk tambahan untuk makan malam kami. Lauk seperti ni sedap dimakan panas-panas. Oleh kerana dah agak senja…nak kejar masa…baru teringat resepinya masih dalam komputer…belum print lagi. Nak buka komputer dah lewat. Cuma yang saya ingat sup telur knor tu ada sawi, carrot dan ubi kentang. Jadi saya pun gunakan bahan-bahan yang saya ingat tu sebagai panduan….yang lain-lain tu tambah-tambah sendiri. Resepi kat bawah ni sup telur my style. Untuk versi knor lihat di SINI yer.

SUP TELUR

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 1 pokok siew pak choy
  • 1 biji ubi kentang [potong memanjang spt batang mancis]
  • 1/2 batang carrot [potong memanjang spt batang manis]
  • 2 ulas bawang merah [cincang halus]
  • 3 ulas bawang putih [cincang halus]
  • 2 cawan air [nak lebih kuah boleh tambah lagi]
  • 1/4 kiub ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa

Caranya

  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan air diikuti kentang, carrot, kiub ikan bilis dan lada sulah. Biarkan sehingga mendidih dan sayuran menjadi empuk.
  • Bila kuahnya dah betul-betul mendidih, pecahkan telur satu persatu. Biarkan sehingga telur mengeras.
  • Masukkan sawi pak choy dan rasakan garamnya. Dah masak tutup api.
  • Hidangkan panas-panas.
Nov
07


Menu paling ringkas, pasti disukai anak-anak. Lagi pula anak-anak saya memang sukakan tauhu jepun atau tauhu telur ni berbanding tauhu keras yang biasa tu. Resepi saya adaptasikan dari majalah SAJI. Saya tambahkan dengan cendawan butang kerana anak-anak saya juga cukup suka dengannya.

TAUHU JEPUN DAGING CINCANG

Bahan A

  • 3 silinder tauhu jepun
  • 150 gm breadcrumb oren
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan B

  • 1 labu bawang besar [potong dadu]
  • 3 ulas bawang putih [cincang]
  • 1 inci halia [cincang]
  • 2 biji cili merah [hiris halus]
  • 2 biji cili hijau [hiris halus]
  • 200 gm daging cincang
  • 6 biji cendawan butang [dihiris]
  • 1 tangkai daun ketumbar [hiris halus]
  • 2 sudu kecil tepung jagung

Bahan C (Sos)

  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos plum
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos blackpepper
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

Caranya

  • Potong tauhu kepada enam bahagian. Kemudian pukul sedikit telur bersama lada hitam. Celupkan tauhu ke dalam telur, golekkan dengan breadcrumb, goreng tauhu hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Tumiskan bawang putih dan bawang besar, masukkan daging cincang. Tumis hingga sebati. Masukkan cendawan, cili merah, cili hijau dan halia. Tuangkan sedikit air dan kacau rata.
  • Masukkan bahan sos, kacau lagi hingga rata dan rasakan. Tambahkan garam jika perlu.
  • Pekatkan dengan tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar, kacau-kacau sekejap dan tutupkan api.
  • Tuangkan ke atas tauhu.
Nov
05

Semenjak dua menjak ni cuaca panas jer….kadang tu nampak je mendung tapi panasnya boleh tahan jugak. Kalau dah panas-panas begini lawannya kena lah makan atau minum yang sejuk-sejuk baru lega. Tekak pun mengidam nak makan benda yang sejuk. Jadi semalam buat agar-agar. Kebetulan ada pula cincau….belinya minggu lepas….tapi belum terusik lagi….maka terhasillah agar-agar cincau. Nampak tak lapisan cincau yang berombak tu? Asalnya nak dinamakan agar-agar tsunami mentawai….tak jadi….lastnya my daughter beri nama agar-agar bandung salju….kerana ada rasa seperti air bandung….dan nama salju tu….kerana bila dimakan, anak tekak ni begitu nyaman dan segar sekali dengan rasa sejuk cincau tu.

AGAR-AGAR BANDUNG SALJU

Bahan A

  • 2000 ml susu segar
  • 2 1/2 tbsp serbuk agar-agar
  • 250 gm gula (ikut rasa manis masing-masing)
  • secubit garam

Bahan B

  • Perasa sirap ros
  • Beberapa titik warna pink [jika perlu]

Bahan C

  • 300 gm cincau [diparut kasar]

Peralatan yang diperlukan: Penekan khas kek lapis yang berombak


Caranya

  • Satukan semua bahan A dan masakkan. Setelah semuanya larut, tutupkan api. Bahagikan kepada 2 bahagian yang sama. Masukkan bahan B ke dalam satu bahagian dan biarkan satu bahagian lagi plain.
  • Ambil kira-kira 300ml daripada bahagian pink dan tuangkan ke dalam loyang 8″ persegi. Biarkan lapisan membeku.
  • Dah beku, cakar-cakarkan lapisan pink tadi. Tuangkan pula 300ml lapisan plain dan taburkan parutan cincau rata-rata. Tekankan penekan berombak atasnya, biarkan beku.
  • Ulang proses yang sama sehingga semua bahan habis digunakan. Untuk lapisan yang terakhir tak perlu ditekan lagi. Untuk memudahkan, buatkan tanda di luar loyang supaya corak berombak berada pada satu arah.

~pesan dari dapur singgahsana~

  • panaskan semula larutan agar-agar bila setiap kali mahu dituangkan sebagai lapisan baru [ini kerana sementara menunggu lapisan membeku, larutan agar-agar yang tinggal akan juga turut membeku]
  • untuk memudahkan lapisan melekat, selalu cakar lapisan sebelumnya dan pastikan lapisan baru yang dituangkan itu masih panas
Nov
04


Jika sesiapa ada stok ikan tenggiri dalam fridge tu, jangan malu jangan segan….mai la cuba menu acar berempah ni. Pasti tak menyesal sebab acar ni memang sedaap n marvellous…..resepi dari kak dayang.

ACAR BEREMPAH TENGGIRI

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan tenggiri (dibersihkan, dipotong, diperap kunyit & garam dan digoreng)
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sk jintan putih*
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 biji cili merah*
  • 1/3 cawan cuka
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan sos cili dan sos tomato
  • 3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • air secukupnya
  • minyak masak

Cara-cara :

  • Kisar bahan-bahan bertanda *. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk (lebihkan minyak masak). Tumis bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan ketumbar sehingga terbit bau.
  • Masukkan cili kisar dan tunggu sampai pecah minyak. Masukkan rempah kurma. Bila agak kering, masukkan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan cuka, sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian masukkan ikan dan bawang besar. Masak hingga kering. Akhir sekali masukkan tomato.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: http://dayangjack.blogspot.com/