Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Ayam Gajus


Sedang blogger-blogger masakan sibuk mempromosikan buku masakan kak Liza 1 Hari 1 Resepi, saya juga turut ke kedai buku Popular mencari buku yang dimaksudkan. Kelihatan buku tersebut masih banyak lagi jadi tanpa berkira saya terus membeli. Kalau nak di kira berbaloi juga sebab harganya tak lah mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan 365 resepi di dalamnya. Rasanya tak terlambat untuk saya ucapkan tahniah pada kak Liza sebab berjaya menghasilkan sebuah buku masakan yang bagus….gerenti menjadi dan sedap.


Ayam gajus ini adalah salah satu resepi yang terkandung di dalam nya. Berkenan saya untuk mencubanya memandangkan kat umah ni banyak gajus lebihan membuat kuih raya yang lepas. Saya olah sedikit dengan memasukkan bahan tambahan…jangan marah kak Liza…. Apa pun resepi kak Liza memang best.

AYAM GAJUS
(Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza)

Bahan A

  • 600 gm isi ayam [dipotong dadu]
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar #
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam #

Bahan B

  • 100 gm kacang gajus goreng
  • 3 tangkai cili kering [dipotong serong]
  • 2 labu bawang besar Holland [dipotong dadu kasar]
  • 4 ulas bawang putih [dihiris]
  • 2 inci halia [dihiris]
  • 1 biji capsicum hijau
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 4 sudu makan serbuk ketumbar+1/4 cawan air dijadikan pes #
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam #
  • 1 biji tomato [dibelah enam] #

Caranya

  • Gaulkan isi ayam dengan garam dan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng pula lada kering sehingga garing dan masukkan bawang besar.
  • Masukkan capsicum, isi ayam, sos tiram, sos tomato dan sedikit air.
  • Biarkan kering dan tutup api.
  • Masukkan kacang gajus dan kacau rata.
  • Sedia dihidangkan.

***bahan yang bertanda # adalah bahan extra yang saya masukkan
***pes ketumbar saya masukkan setelah tumisan halia dan bawang putih naik bau, tumis lagi sehinggalah pes pecah minyak dan garing dan step yang lain adalah sama
***buah tomato dimasukkan akhir sekali
***antara zat yang terkandung dalam gajus ialah karbohidrat, lemak, protein, vitamin B1, B2, B3, vitamin C, kalsium, niasin dan potasium

No Responses to “Ayam Gajus”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: