Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Apam Pisang Milo


Ini adalah apam pisang hasil dari experiment saya di dapur. Resepi asalnya apam pisang kukus Diana telah pernah saya cuba dulu (sebelum berblog) dan hasilnya sungguh sedap sekali. Jadi kali ini saya saja suka-suka adjust sikit (….bukan sikit lagi tapi banyak….hehe….) ikut idea dan citarasa sendiri….jadi ia mungkin sedap dan sesuai pada saya tapi tidak pada orang lain….sebab selera setiap kita semua adalah subjektif. Untuk resepi asal sila rujuk di SINI.

APAM PISANG MILO

Bahan-Bahan

  • 130 gm telur
  • 200 gm pisang
  • 25 gm gula kastor
  • 110 gm tepung gandum
  • 35 gm milo
  • 80 ml minyak jagung
  • 40 gm coklat rice
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat

Caranya

  • Pisang dilecek hingga halus. Masukkan soda dan garam. Lecek lagi supaya soda bercampur rata dengan pisang. Ketepikan.
  • Pukul telur dengan gula sehingga kembang dan pekat.
  • Masukkan minyak dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan pisang yang telah dilecek tadi. Pukul lagi adunan supaya rata dan sebati.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder. Kemudian satukan milo dan coklat rice bersama tepung. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur tadi. Kaupbalikkan tepung hingga sebati.
  • Lengserkan acuan lompang dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan hingga penuh dan kukus selama 15-20 minit dengan api besar dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  • Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk sebentar. Then barulah dikeluarkan dari acuan.

No Responses to “Apam Pisang Milo”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: