Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Kuih Talam Pisang


Hari berganti hari, dah lama rasanya tak menalam….yer lah sejak puasa hari tu dah stop talam menalam ni. Di internet, blog demi blog saya jelajah….ada antaranya yang menayang talam pisang. Jadi last weekend belilah pisang pasal dah lama berangan nak buat kuih talam ni, sebab tengok diorang punya macam sedaap je. Maka semalam terlaksana jua hajat di hati untuk melihat kuih ini berada di depan mata….dapat juga dibuat minum petang. Saya gunakan resepi hasil pi menuntut dengan sorang sifu yang pakar serba serbi masakan….bukan saja pakar malahan tauke kuih, tauke lauk-pauk, tauke catering dan tauke segalanya. Kuih-kuih basah dia….no komen…memang sedap dan mendapat pujian ramai.


Untuk post ini saya minta maaf bebanyak. Saya hanya boleh tayang gambar saja sebab yang empunyer resepi tak benarkan resepinya dipublishkan di sini. Tapi untuk tidak menghampakan u all, saya akan pastekan resepi talam pisang yang lain….dari umah kak Rus…..Ia seakan-akan sama tapi tak serupa. Kak Rus, halalkan saya hangkut resepi talam pisang kak Rus ke umah saya yer….at least boleh jadi ingatan untuk saya mencubanya nanti. Diharapkan resepi ni dapat membantu.

TALAM PISANG

Bahagian Bawah

  • 1 1/2 cwn tepung beras (kak rus anggar saja dari asalnya 300gm tep.beras boh)
  • 5 cwn santan cair
  • 3/4 cwn gula
  • 5 biji pisang raja dihiris
  • 1cb tepung jagung
  • secubit garam

Caranya

  • Kacau santan,tepung beras,tepung jagung,gula dan garam atas api hingga kelihatan naik wapnya.
  • Masukkan pisang dan kacau sebentar kemudian tuangkan ke dalam loyang 10×10 yang disapu minyak dan dikukus 15 minit.


Bahagian Atas

  • 2 cwn gula merah + sedikit gula melaka
  • 2 cwn air
  • 3 cwn santan pekat
  • 1 1/2 cwn tepung gandum

Caranya

  • Gula merah + gula melaka dimasak dgn 2 cwn air dan ditapis kemudian sejukkan
  • Satukan air gula dgn tepung dan santan lalu dikacau atas api sehingga naik wap.lalu dituangkan ke atas lapisan bawah tadi dan dikukus lagi sehingga masak.
  • Sejukkan ….biar betul-betul sejuk barulah dipotong untuk dihidangkan.


No Responses to “Kuih Talam Pisang”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: