Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Ayam Goreng Masam Manis


Lauk yang saya ceritakan dalam posting semalam. Lauk ayam ni sangatlah sedapnya, memang serasi dipadankan dengan nasi harisa. Rasa ayam ni kan….masam-masam manis. Bila dimakan bersama nasi harisa tu….u all can imagine tak….seakan kita makan nasi beriani bersama ayam madu kat kedai mamak….malahan lebih sedap lagi dari itu. Sepatutnya lauk ini agak kering sedikit, barulah sesuai dengan namanya ayam goreng masam manis. Tapi saya tak nak kering sangat sebab nak kan sedikit berkuah bila makan dengan nasi.

AYAM GORENG MASAM MANIS

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg ayam
  • 1/2 kg ubi kentang [tak buat sbb dah habis]
  • 2 labu bawang besar [hiris]
  • 2 biji limau kasturi
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap pekat [saya gantikan dgn 2 sudu besar kicap manis]
  • 1 sudu besar kicap masin [tak bubuh sbb tak de]
  • 1 cawan air
  • minyak untuk menggoreng
  • 4 helai daun kari

Bahan Tumis

  • 3 ulas bawang putih [dihiris]
  • 3 ulas bawang merah [dihiris]
  • 2 cm halia [dihiris]
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 6 sudu besar serbuk kari
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis

Caranya

  • Ayam dipotong enam dan dibersihkan. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Gorengkan ayam setengah masak.
  • Ubi kentang dibelah empat dan direbus setengah masak. Kemudian goreng.
  • Panaskan minyak, masukkan bahan hiris, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan tomato sos dan sedikit air. Tumis lagi sehingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, kicap pekat, kicap masin, air limau kasturi, air dan daun kari.
  • Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul hingga rata dan masak.
  • Terpulang pada masing-masing sama ada nak berkuah pekat atau agak-agak kering.

No Responses to “Ayam Goreng Masam Manis”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: