Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Nasi Harisa


Nasi Harisa….seindah nama seenak rasa. Nasinya sungguh lembut, lemak dan bau harum daun ketumbar serta rempah ratusnya menaikkan lagi aroma nasi ini. U all boleh cuba sendiri dan baru lah tahu bagaimana keenakkannya. Lebih sedap bila saya gandingkan nasi ini bersama ayam goreng masam manis.…nasi beriani kedai mamak tu pun tak leh lawan. Selain ayam, nak makan dengan daging masak prune , daging bawang goreng , rendang kicap daging atau daging dendeng pun sedap juga. Rating 5-star saya bagi….sedap banget!!….Rugi sapa tak cuba.

NASI HARISA

Bahan-Bahan

  • 1 kg beras basmati
  • 600 ml 1200 ml air
  • 500 gm lobak merah [parut kasar]
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan susu cair
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng
  • minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 10 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 3 cm halia
  • 50 gm daun ketumbar dan akarnya
  • 5 tangkai cili hijau
  • 2 sudu makan serbuk badam

Caranya

  • Beras dicuci, tuskan. Kemudian digaulkan dengan parutan lobak merah. Selepas itu masukkan ke dalam rice cooker. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan kulit kayu manis, jintan putih, cengkih dan buah pelaga.
  • Masukkan air dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masukkan susu cair. Biarkan sebentar.
  • Sesudah itu, tuangkan terus ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi baru hidupkan suis. Kacau sehingga beras benar-benar rata dan sebati dengan air tersebut. Then tutup periuk dan masaklah nasi seperti biasa.
  • Bila nasi dah kering, taburkan sedikit bawang goreng dan kacau. Tutup lagi dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  • Bila menghidang taburkan lagi dengan bawang goreng sebagai hiasan.

Tips dari Chef Ismail: Setiap 1 kg beras basmati = 1.2 liter air

No Responses to “Nasi Harisa”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: