Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Daging Bawang Goreng

Bau harum bawang goreng sememangnya memikat selera. Maka sudah tentu jika dicampurkan ke dalam masakan automatically akan membangkitkan aroma masakan itu. Kali ini saya hidangkan pula menu daging bawang goreng.


Tak sia-sia i’ve tried this recipe which i got from SAJI yang entah kurun bila ntah. For me this menu memang ngam sangatlah bila digandingkan dengan nasi minyak ker….nasi beriani ker….malah nasi apa pun….Malah rasanya yang seakan-akan rendang itu juga sesuai untuk hidangan raya….regunya lemang dan ketupat. Memasaknya pun tidaklah seremeh memasak rendang. Semakin dipanaskan pada keesokan harinya….semakin kering….semakin bertambah lagi sedapnya daging ini. Cuba lah…..dijamin memuaskan.

^…..alternatif kepada rendang^

DAGING BAWANG GORENG

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging [dipotong dua]
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan cili kering kisar
  • 1 cawan bawang goreng
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang besar [kisar]
  • 6 ulas bawang putih [kisar]
  • 2 inci halia [kisar]
  • 2 inci lengkuas [kisar]
  • 3 batang serai [kisar]
  • rempah 4 sekawan
  • garam & gula secukup rasa

Cara

  • Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis. Kemudian tumbuk nipis, tak kisah kalau hancur sedikit.
  • Panaskan minyak dan tumis daun kari dan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing. Masuk cili kisar dan tumis lagi. Bubuhkan garam dan gula sedikit.
  • Masukkan daging, bawang goreng dan santan.
  • Bubuh kicap manis. Kacau dan masakkan sehingga kering dan garing.

Cara saya
***saya tak rebus daging tapi saya hanya hiriskan daging nipis-nipis
***pada step setelah dimasukkan cili kisar, tunggu sekejap hingga naik bau baru masukkan daging dan tunggu sehingga daging empuk
***setelah daging empuk dan air daging dah berkurangan baru masukkan santan, bawang goreng dan kicap.
***terpulang pada masing-masing sama ada hendakkan sedikit berkuah atau kering dan garing

No Responses to “Daging Bawang Goreng”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: