Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Puteri Ayu Ketan Hitam

Kalau tak silap kuih puteri ayu dah wujud sejak tahun 80-an lagi, masa saya berada di sekolah rendah. Pada masa tu, selain dengan nama puteri ayu ada juga yang menyebutnya apam seri ayu dan baby chiffon. Ahh…bagi la nama apa pun kuihnya tetap sama. Inilah kuih yang paling glamour ketika itu. Walaupun dah lama wujud tapi keglamouran kuih ni tidak pernah padam sehingga ke hari ini. Puteri Ayu yang ada pada era tu hanya lah berperisa pandan dan coklat.


Tapi sekarang puteri ayu dah dipelbagaikan dengan perisa seperti kopi….dan yang terbaru telah diolah dengan penambahan pulut hitam. Rasanya memang sedap….mungkin kerana pulut hitam tu kot….menambahkan lagi kelemakan dan aroma kuih ini. Cubalah dan rasakan sendiri…selain menambahkan koleksi kuih puteri ayu yang sedia ada.

^selain sedap dan lemak, ianya juga lembut dan gebu sekali^
PUTERI AYU KETAN HITAM (anggaran 28 pcs)

Bahan-Bahan

  • 6 biji telur (medium)
  • 1 sudu teh ovallet
  • 150 gm gula kastor [boleh tambah pada yang suka lebih manis]
  • 70 gm tepung pulut hitam
  • 110 gm tepung gandum
  • 70 gm santan pekat segera
  • garam secukup rasa
  • kelapa parut putih secukupnya [digaul dgn sedikit garam dan tepung ubi]

^masih kekal lembut walau pada keesokan harinya^

Cara

  • Satukan telur, gula dan ovallet dalam mixing bowl. Menggunakan hand-whisk, pukul sehingga betul-betul kembang, pekat dan putih.
  • Ayakkan bersama tepung gandum dan tepung pulut. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sehingga rata dan sebati.
  • Kemudian masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi adunan sehingga sebati.
  • Sapukan sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  • Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 10 minit.
  • Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu sejuk sekejap supaya senang dikeluarkan dari acuan.

No Responses to “Puteri Ayu Ketan Hitam”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: