Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Ikan Goreng Berlada

Ini resepi simple-simple je….tapi bukan sebarang simple. Walaupun simple tapi inilah lauk yang paling laku dan paling cepat habis tak kira la for lunch or dinner. Rasanya semua pun tahu kan masak lauk sebegini. Kalau lauk-lauk mudah macam ni saya tak berapa pandai  nak bagi resepi yang tepat sebab saya masak ikut sesuai selera dan sedap tangan saja. Memang sedap lauk ni. Kami satu family kalau ada lauk yang satu ni….lauk lain tu alamatnya tolak tepi laa….lebih-lebih lagi kalau ikannya ikan keli….waduh….mahu berpinggan-pinggan nasi….Apapun saya kongsikan bahan-bahannya di sini dan pandai u all lah adjust yer…

IKAN GORENG BERLADA

Bahan-Bahan

  • Ikan [sebarang ikan yang anda suka]
  • Cili kisar
  • Bawang merah
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Minyak

Cara

  • Ikan dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam dan kunyit. Gorengkan ikan hingga agak-agak garing tapi jangan terlalu garing sangat melainkan jika ikan keli. Angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu, panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang dan goreng sehingga layu dan wangi.
  • Masukkan cili kisar, belacan, garam dan gula. Gorengkan lagi hingga cili garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan masak lagi sebentar. (kalau nak yang sambal ala-ala berkuah jgn tunggu sampai kering).
  • Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, balik-balikkan ikan dan bolehlah diangkat.

No Responses to “Ikan Goreng Berlada”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: