Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Mee Kari

Ini lah dia mee kari yang saya ceritakan dalam entri yang lepas. Kuah mee kari yang biasa tiada keledek. Tapi yang ini special sikit….ada keledek. Rasanya, tak usah nak cakap lah…teramaatt sedapnya….sehingga menjilat pinggan…hehehe….Resepi saya usha kat umah kak Dayang. U alls jangan tengok je….mesti cuba tau, jangan tak cuba…. pasti tidak menghampakan….

MEE KARI

Bahan A

  • 500 gm mee kuning [dicelur]
  • 4 biji telur rebus [dibelah dua]
  • sedikit sawi [dicelur]
  • sedikit taugeh [dicelur]
  • sedikit daging [direbus & dihiris nipis]
  • 2 biji cili merah [dihiris]
  • sedikit daun sup [dihiris]
  • sedikit bawang goreng
  • tauhu yang sudah digoreng [dihiris]
  • udang yang sudah digoreng/direbus – optional
  • 2-3 biji limau kasturi – optional

Untuk Kuah

  • 250-300 gm keledek merah [direbus & dikisar halus]
  • rempah penumis 4 sekawan
  • 3 sudu makan serbuk kari daging [bancuh dgn sedikit air]
  • 2 sudu makan tepung gandum [bancuh dgn sedikit air]
  • 2 sudu makan kerisik
  • 700-800 ml air atau lebih ikut suka
  • gula dan garam secukup rasa
  • minyak masak

Bahan – Dikisar halus

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • segenggam udang kering


Cara

  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dengan bahan-bahan kisar.
  • Masukkan pes kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan keledek kisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati. (kuahnya boleh adjust ikut citarasa sendiri samada nak pekat atau perlu ditambah air lagi)
  • Apabila sudah masak, biarkan ia merenih seketika.

Cara Hidangan: Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

Pesan kak Dayang: ***Mee ni kalau nak rasa keasliannya , tak perlu diperahkan limau kasturi kerana rasanya lebih sedap tanpa limau. Tapi terpulanglah pada selera masing-masing.

Sumber : dayangjack.blogspot.

No Responses to “Mee Kari”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: