Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Biskut Raya Lagi…. !!

Semalam tak dapat update….bz sikit. Lepas siapkan bfast, nak kena fikir apa nak dimasak untuk lunch. Lepas siap masak semua…..sementara menunggu anak-anak balik dari sekolah, sempat lah merayap sekejap ke blog-blog masakan rakan-rakan….nak tahu juga apa perkembangan dan entri terkini mereka. Sampainya anak-anak ke rumah dalam kol 1.30… kami pun makan tengahari. Then after solat Zohor, saya melangkah semula ke dapur untuk siapkan order biskut dari customer. Order ni anak saya, Puteri yang dapatkan….alhamdulillah rezeki. Umur baru 10 tahun tapi dah ligat cari bisnes … Dia ni pandai bercakap, that’s why lah dia mudah dapat order. Raya tahun lepas je dia dapat order lebih 30 bekas biskut….semua tu dari cikgu-cikgu dia di sekolah….pandai betul lah anak ibu ni tolong ibu berniaga.


Ini lah dua jenis biskut yang ditempah oleh Cikgu Azmi, cikgu di sekolah Puteri…harap cikgu berpuashati. Untuk cikgu Azmi, cikgu Husna, cikgu Ashikin, ustazah Khairun Nisa’ dan cikgu-cikgu yang lain….terima kasih banyak-banyak….jangan segan-segan menempah lagi yer…

Untuk koleksi biskut jualan yang lain atau untuk tempahan anda semua boleh lah lawati di http://citradelicia.blogspot.com.

CRUNCH NUT CORNFLAKES – Biskut ni memang enak dan rangup…


ALMOND LONDON – Biskut yang popular di musim perayaan

….sebelum coating

….selepas coating

Atau anda juga boleh tinggalkan pesanan anda di Singgahsana Kitchen shoutbox.

No Responses to “Biskut Raya Lagi…. !!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: