Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Nasi Goreng Tom Yam


Nasi goreng merupakan satu menu yang biasa disajikan sejak zaman tok nenek lagi. Ia juga boleh di kira menu seimbang andainya dicampurkan sekali dengan bahan-bahan dari sumber protein seperti ayam, daging, telur serta vitamin daripada sayuran. Selain berkhasiat, ianya cepat dimasak, mudah disediakan dan disukai oleh anak-anak. Resepi asal dari kak Liza tapi ada sedikit penambahan bahan….biasalah kan….tangan ni mesti nak tambah juga itu, ini…..tapi the result memang best.

NASI GORENG TOM YAM

Bahan-Bahan

  • 2 mangkuk nasi, peroikan
  • 100 gm udang, buangkan kulit
  • 100 gm sotong, potong kecil
  • 100 gm isi ayam, hiriskan nipis
  • 100 gm carrot, potong dadu
  • 100 gm kobis bulat, potong kecil
  • 1 bij telur
  • 1 tangkai bunga kantan, dihiris halus >> sendiri tambah
  • 1/2 kiub perasa tom yam >> sendiri tambah
  • 2 sudu besar sos ikan >> sendiri tambah
  • Daun ketumbar, dihiris halus
  • Ciliapi, ditumbuk (kalau nak lebih pedas)
  • Garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 batang serai >> tak letak sbb dah ganti dengan kantan
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 s/b udang kering

Cara

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
  • Masukkan ayam, carrot, perasa tom yam dan hirisan bunga kantan. Kacau rata sehingga masak.
  • Masukkan udang, sotong, kobis, sos ikan dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  • Masukkan nasi dan kacau rata.
  • Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
  • Rasakan garam dan tutup api.
  • Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali lagi.
  • Hidangkan.

No Responses to “Nasi Goreng Tom Yam”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: