Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Tortilla Ayam Gulung

Resepi yang di sesuaikan dari majalah SAJI….yang mana bahannya telah saya olahkan mengikut sesedap rasa dan selera keluarga. Sedap tortilla ni….lepas ni kalau rasa nak makan tortilla seperti ni tak payah lah beli di luar lagi….buat sendiri lagi puashati….belanja pun jimat….yang penting….sedaap!!

TORTILLA AYAM GULUNG

Bahan-Bahan

  • 5 keping roti tortilla
  • Daun Salad
  • Hirisan timun
  • Hirisan buah tomato

Bahan Inti

  • 440 gm isi ayam, dipotong kiub
  • 5 ulas bawang merah, dicincang
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • 3 sudu teh serbuk jintan manis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3-4 tangkai daun bawang, dihiris halus
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika perlu

Bahan Sos

  • 5 sudu besar sos Thousand Island
  • 3 sudu besar mentega kacang halus
  • 3 sudu besar mayonis
  • Garam & Serbuk lada hitam secukupnya

Caranya

  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
  • Bila berbau harum, masukkan ayam, serbuk jintan manis dan cili kisar.
  • Kacau sekali-sekala sehingga masak. Tambahkan sos tiram, oregano dan serbuk lada hitam. Masukkan juga garam secukup rasa dan sedikit gula jika perlu.
  • Masukkan hirisan daun bawang, kacau dan angkat. Biarkan sejuk.
  • Dalam mangkuk kecil, satukan semua bahan sos.
  • Bentangkan sekeping tortilla. Sudukan dan ratakan sedikit sos di atasnya. Susunkan daun salad, hirisan timun dan tomato. Taburkan bahan inti.
  • Gulung kemas dan bungkus dengan foil. Letak di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  • Keluarkan, potong dan hidangkan.

No Responses to “Tortilla Ayam Gulung”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: