Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Apam Gula Hangus Tanpa Telur

Masih ingat lagi, dulu masa zaman kanak-kanak bila balik je dari sekolah tengok atas meja terhidang kuih ni….memang hilang mood….muka pun muncung je….sebab kuih ni lah yang paling tak suka sekali. Oleh kerana kasihan kat emak yang dah penat-penat buat, saya cuba juga makan tapi anak tekak ni tak boleh nak terima….ntah kenapa tak tahu lah….mungkin sebab rasa gula hangus tu kot….yang buat terus tak de selera, nak pandang pun tak nak. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan dan nostalgia yang akan diingati sampai bila-bila. Dan kini, sejak mula berjinak-jinak dengan internet dan rajin pula mencuba pelbagai resepi kuih, baru timbul minat dengan kuih-kuih yang dulunya memang tak suka langsung. Kalau dulu apam gula hangus ni dibenci tapi sekarang kuih inilah yang dicari. Mungkin juga kerana peralihan zaman dan usia membuatkan kita lebih menghargai kuih-muih tradisi seperti ini.


U all tentu keliru kan kenapa apam gula hangus ada pula hiasan pisang di atasnya…dah macam gaya kuih harum manis pun ada. Itu semua no hal lah….nak letak hiasan apa pun terpulang lah pada kita sebab kita yang buat dia kan….hehehe….Sebenarnya letak pisang tu pun sebab nak menghabiskan saki-baki pisang yang ada, lebih dari buat penkek tu. Memang sedap apam ni. Biasa buat yang ada telur tapi kali ni cuba buat yang tak guna telur….rasanya setanding sebab teksturnya juga tetap halus, lemak, gebu dan lembut. Malah saya berani katakan resepi ni lebih sedap dari resepi yang menggunakan telur. Walau dah disimpan semalaman kuih masih tetap lembut….dan bertambah-tambah lagi sedapnya!!!

APAM GULA HANGUS TANPA TELUR
(Resepi : KFida @ MyResepi)

Bahan-Bahan

  • 150 gm gula pasir (saya cuma buat 145 gm saja)
  • 250 ml air
  • 150 gm tepung gandum*
  • 1 sdk baking powder*
  • 1/2 sdk soda bikarbonat*
  • 75 gm gula halus (kurangkan jika tak makan dengan kelapa putih) (saya buat 50 gm saja…tak suka manis-manis)
  • 2 sdb susu sejat
  • 2 sdb mentega cair
  • 1 sdk esen vanilla
  • sedikit minyak masak untuk mengoles acuan lompang
  • kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan

Cara

  • Sediakan gula hangus dengan menggoreng gula pasir hingga kecoklatan dan tuang air sedikit-sedikit hingga cair. Sejukkan.
  • Ayak bahan-bahan bertanda * ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan gula hangus. Tuangkan air gula hangus sdikit-sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan susu, esen dan mentega cair dan kacau lagi hingga sebati dan halus.
  • Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan sebentar.
  • Tuangkan 1/3 penuh acuan lompang. Kukus selama 10-12 min. Angkat dan sejukkan.
  • Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus.

No Responses to “Apam Gula Hangus Tanpa Telur”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: