Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Puding Ceri Hitam


Dalam fridge ada dark cherry lebihan daripada puding blackforest yang saya buat tempohari. Kerana perlu dihabiskan segera sebelum expired date, jadi saya perlu fikirkan sesuatu resepi yang ringkas….tidak memerlukan masa yang panjang untuk membuatnya. Fikir punya fikir maka terhasil lah puding yang saya namakan puding ceri hitam.…ilham saya sendiri. Hati puas dan seronok bila anak-anak suka dengan puding ni, sekejap je dah licin. Jamu mata dulu lah yer, resepi akan menyusul….

PUDING CERI HITAM

Bahan-Bahan

  • 1 peket agar-agar (cap burung layang-layang)

Terlebih dulu rendam agar-agar lebih kurang 30 minit. Setelah itu, toskan airnya. Selepas proses rendam dan ditoskan, berat agar-agar dalam anggaran 100 gm. Kemudian bahagikan kepada dua – 70gm dan 30 gm.

Lapisan Ceri Hitam

  • 30 gm agar-agar
  • 160 gm jus ceri hitam (pitted dark cherry)
  • 280 gm air
  • 125 gm ceri hitam (boleh dihiris halus/diblend halus bersama jusnya)
  • 120 gm jem strawberry
  • 70 gm gula pasir atau secukup rasa

Caranya

  • Masakkan agar-agar bersama air sehingga larut.
  • Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula larut.
  • Masukkan jem dan ceri bersama jusnya. Kacau dan masak sehingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau loyang yang disukai. Sejukkan.

Lapisan Puding

  • 70 gm agar-agar
  • 750 gm air
  • 200 gm susu cair*
  • 50 gm santan pekat*
  • 4 keping biskut cream cracker*
  • 2 sudu makan tepung jagung*
  • 70 gm gula pasir atau secukup rasa
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 1/8 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning lemon

Caranya

  • Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
  • Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula larut dan mendidih.
  • Blend halus bahan-bahan bertanda *, dan masukkan terus ke dalam agar-agar beserta garam, susu pekat dan esen vanilla. Masakkan sehingga benar-benar mendidih.
  • Asingkan anggaran 1/3 ke dalam bekas lain dan campurkan dengan pewarna kuning lemon. Selebihnya dibiarkan plain.
  • Setelah agar-agar ceri hitam beku, cakar-cakarkan ia dengan garfu sebelum dituangkan dengan adunan puding plain. Ini untuk memudahkan ia melekat. Tunggu sehingga puding itu beku.
  • Setelah puding beku, cakar-cakarkan dengan garfu. Kemudian panaskan bahagian puding yang bewarna kuning tadi untuk mencairkannya semula. Bila dah cair, masih panas terus tuangkan ke atas lapisan puding yang beku tadi.
  • Biarkan sebentar di luar sebelum disejukkan di dalam peti sejuk.
  • Sewaktu menghidang hiaslah mengikut kreativiti anda.

No Responses to “Puding Ceri Hitam”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: