Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Siakap Masak Tom Yam

Assalamualaikum….terima kasih pada semua rakan-rakan yang tak putus-putus mengunjungi dapur saya yang tidak seberapa ini….juga kepada kengkawan yang sudi menjadi follower SSK….tanpa anda semua tak mungkin SSK akan terus berada bersama bloggers2 yang lain. Walaupun masih suasana raya tapi entri juadah raya dah habis yer. Kini saya kembali semula kepada juadah-juadah harian yang biasa. Saya mulakan dengan siakap masak tom yam.

My daughter suka sangat ikan siakap. Jadi last weekend carilah siakap kat Tesco, cari punya cari dapat…agak besar jugaklah. Saya cuma gunakan 1/2 ekor je untuk resepi ini, cukuplah untuk dinner kami sekeluarga lagipun ada lauk tambahan yang lain. Pada sesiapa nak cuba tapi tiada ikan siakap, jangan risau…boleh gantikan dengan ikan lain seperti kerapu, bawal, kembung atau lain-lain ikan yang anda suka. Jom usha resepi….

SIAKAP MASAK TOM YAM

Bahan A
2 ekor ikan siakap/kerapu yang bersaiz sederhana (600 gm)
1/2 cmt garam (secukup rasa)
2 cmt tepung jagung
2 cawan minyak (500 ml)-utk menggoreng (deep fry)

Caranya
  • Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali. Lumurkan pula tepung jagung ke seluruh bahagian badan ikan. Goreng ikan sehingga masak kekuningan. Ketepikan.

Bahan Sambal Tom Yam
4 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*
2 batang serai – dipotong kecil*
1 cm halia*
2 cmb/1 kiub perencah tom yam
1 cmb cili boh (saya letak 3 cmb sbb nak lebih pedas)
3 helai daun limau purut – dihiris halus
1 biji tomato – dihiris (ini saya tambah sendiri sbb suka sangat tomato)
Garam & Gula secukup rasa
2 cmb minyak – untuk menumis
3 cmb air (lebihkan sedikit air lagi jika mahukan kuah lebih)

Caranya
  • Tumbuk atau blend bahan-bahan yang bertanda * .
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  • Apabila kekuningan, masukkan perencah tom yam dan cili boh.
  • Biarkan di atas api buat seketika, kemudian masukkan garam dan daun limau purut.
  • Masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada terlalu kering dan hangus (kuantiti air bolehlah disesuaikan dengan citarasa masing-masing). Rasakan garam dan gulanya.
  • Akhir sekali apabila nak menghidang, bolehlah tuangkan sambal tadi ke atas ikan yang telah siap digoreng.

Sumber: norasecukuprasa.blogspot

No Responses to “Siakap Masak Tom Yam”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: