Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Soto Ayam


Inilah soto ayam yang dihidangkan bersama-sama nasi impit dan bergedel ayam sebagai pelengkapnya sebagai juadah raya yang lepas. Kuah soto ni walaupun nampak jernih tapi cukup terasa rempah ratusnya.

‘…saya tambahkan juga dengan su’un goreng sebagai bahan sampingan…keenakannya mendapat pujian ramai tetamu yang berkunjung…’


SOTO AYAM


1 ekor ayam
3000 ml air-kuantiti ikut kesesuaian
1/2 sudu kecil serbuk perasa (jika suka)

Bahan Kisar
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jntan hitam
2 cm lengkuas
2 batang serai
1 cm halia
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/4 biji buah pala (tak letak sbb takde)
2 sudu kecil lada sulah (nak lebih pedas, tambah lagi)
5 biji buah keras
1 cm kunyit hidup (letak sikit je serbuk kunyit)

Caranya

  • Masukkan bahan kisar dalam periuk berisi air dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tunggu sehingga ayam empuk barulah diangkat, tuskan dan carik-carikkan ayam tersebut.

SAMBAL KICAP
1/2 cawan cili padi
1/4 cawan kicap manis
1 sudu kecil gula
3 ulas bawang putih

Caranya

  • Celur cili api dengan kuah soto.
  • Kisar sekali bersama bawang putih. Campurkan kicap dan gula, kacau rata.

Bahan Sampingan Yang Lain
Nasi impit atau mihun yang telah dicelur
Bergedel
Daun sup, dihiris halus
Daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng
Taugeh, dicelur

  • Masukkan nasi impit dalam mangkuk. Campurkan taugeh, ayam yang disiat, daun sup serta daun bawang. Kemudian tuangkan kuah dan letakkan bergedel di atasnya. Taburkan bawang goreng dan sedikit sambal kicap. Sedia untuk dimakan.

Sumber: Asiah Samsudin (buku masakan Rampairasa Selatan)

No Responses to “Soto Ayam”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: