Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Bergedel Ayam Mini


Bergedel ni dibuat sebagai pelengkap soto nasi sebagai juadah raya yang lalu. Pada sesiapa yang merancang nak buat open house tu dan soto sebagai salah satu menunya…. sudi-sudikanlah mencuba resepi ni yer….selain sedap…..buatnya pun mudah….

Bahan A:
1 kg ubi kentang jenis yang kecil, kupas kulit, cuci bersih, belah dua dan goreng 3/4 masak dan toskan.
500 gm peha ayam yang tidak bertulang/daging lembu yang tidak berlemak dan dikisar halus (nak senang saya gunakan ayam kisar yang dah siap je)

Bahan B:
1 biji bawang besar, didadu halus
2 biji lada merah, dihiris halus
2 biji lada hijau, dihiris halus
2 pokok daun sup, dihiris halus
2 pokok daun bawang, dihiris halus
1 sudu teh serbuk pala (tak letak sbb tak de)
1 sudu teh lada putih, ditumbuk kasar
1/2 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Saduran:
6 keping biskut Cream Crackers, dikisar halus
4 biji putih telur, dipukul dengan sedikit garam dan serbuk lada putih

‘….enak diratah begitu saja atau dilawankan dengan soto mahupun nasi…’
Caranya:

  • Sangai isi ayam/daging yang telah dikisar, dengan sedikit garam dan lada putih yang ditumbuk kasar sehingga masak dan kering. Angkat dan ketepikan.
  • Ubi kentang yang telah digoreng tadi, ditumbuk tetapi jangan terlalu halus.
  • Satukan ubi kentang dan isi ayam/daging yang disangai ke dalam besen dan gaul rata dengan semua Bahan B sehingga sebati.
  • Tabur sedikit garam. Rasakan, jika ada rasa bahan yang kurang, tambah lagi. Setelah puas hati dengan rasanya, barulah diambil sedikit adunan, bentukkan seperti bebola kecil. Bebola ini hendaklah padat. Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Semasa hendak menggoreng, ambil sebiji bebola bergedel, celup di dalam putih telur, kemudian golekkan di atas serbuk biskut. Supaya bebola brsalut dengan biskut, segera gorengkan sehingga garing dan kekuningan. Pastikan apinya tidak terlalu besar sebab ini akan merosakkan bergedel.
  • Setelah masak, angkat dan toskan.
  • Sumber: Mami Asmah Laili

    No Responses to “Bergedel Ayam Mini”

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: