Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum buat pengunjung semua. Dalam kegembiraan menyambut Syawal, diam tak diam dah hampir dua minggu kita beraya….pantas sungguh masa berlalu. Macam mana sambutan lebaran anda semua….tentunya meriah kan apabila ia diraikan dengan dikelilingi oleh insan-insan tersayang. Tidak ketinggalan juga pelbagai juadah hidangan tersedia menanti para tetamu dan saudara mara yang berkunjung.
Dalam sibuk-sibuk siapkan tempahan, sempat jugalah saya buatkan kek coklat ni untuk raya. Lagipun kek coklat memang menjadi tumpuan semua terutama kanak-kanak. Kek ni saya tak bubuh topping….ala untuk hidangan raya biarlah yang simple je….tetamu pun senang nak makan….lain lah kalau untuk jamuan open house….

MOIST CHOCOLATE CAKE (MCC)

160 gm butter
160 gm coklat masakan
110 ml air panas suam
1 tbsp golden syrup
190 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko
2 tsp baking powder
1/4 tsp soda bikarbonat
90 gm Nestle reduced cream/UHT whipping cream/susu cair
180 gm gula perang
1 tsp esen vanilla
3 biji telur, dipukul ringan
1 tbsp minyak jagung

Cara:
  • Gris dan alas loyang bulat 20cm.
  • Cairkan butter + golden syrup + coklat + air panas secara double-boil sehingga cair kesemua bahan. Biarkan sejuk seketika. Sementara itu panaskan oven 170C.
  • Ayakkan semua bahan-bahan kering ke dalam satu bekas.
  • Masukkan gula, Nestle cream, esen vanilla, telur yang telah dipukul ringan dan minyak. Kacau menggunakan spatula atau senduk kayu sehingga rata dan sebati.
  • Masukkan sedikit demi sedikit campuran coklat yang dicairkan tadi. Kacau lagi adunan sehingga sebati dan bercampur rata semuanya.
  • Tuangkan ke dalam loyang. Bakar mengikut suhu oven masing-masing selama 40-50 min atau bila diuji dengan skewer pada tengah kek ia akan keluar dengan bersih menandakan kek telah masak.

‘….sedap….moist….bertambah sedap jika dihias dengan topping coklat…’

Di sini saya sertakan sekali bonus topping pada sesiapa yang inginkan mcc mereka dihias dengan topping….

TOPPING:

200 ml whipping cream
300 gm coklat masakan
1 sudu besar tepung jagung

  • Kacau rata dan masak atas api kecil sehingga likat.
  • Padamkan api dan masukkan sedikit butter dan kacau.
  • Bolehlah dicurahkan ke atas kek yang telah sejuk.


No Responses to “Moist Chocolate Cake”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: