Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Suji Brunei

Jika raya tahun lepas saya dah try suji salju. Komen dari tetamu semua mengatakan sedap. Tahun ni saya try pula suji brunei….Mmmm….tak perlu tunggu komen tetamu dah sebab dah nyata suji brunei ni sememangnya the best….berbaloi membuatnya. Lepas makan satu, nak satu lagi dan satu lagi….tak leh nak stop. Rasanya lemaakk sangat sebab adanya minyak sapi, cornflake, nestum dan saya ubahsuai sikit dengan penambahan cerelac….memang mengancam lah biskut ni tak jemu makan. Agaknya kalau dicari biskut ni di Brunei keliling satu Brunei pun tak akan jumpa biskut ni….kreatif betul lah orang yang memula berikan nama tu….hehehe….Kalau dihadap satu balang pun boleh habis….tapi kenalah beringat sebab minyak sapi tinggi kandungan kolestrol….

  • 200 gm minyak sapi Gheeblend
  • 100 gm shortening
  • 180 gm gula kastor
  • 100 gm cornflakes – dikisar halus
  • 1 kuning telur
  • 80 gm tepung jagung
  • 80 gm tepung suji
  • Tepung Gandum secukupnya

Bahan Salut:

  • Susu tepung
  • Nestum (kisar)
  • Gula aising (saya guna gula pasir yang dikisar halus, salutan lebih cantik)

Caranya:

  1. Satukan minyak sapi, shortening dan gula. Kacau hingga lembut.
  2. Masuk kuning telur, kacau lagi.
  3. Masukkan pula bahan-bahan lain.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum secukupnya sehingga boleh diuli dan jadi doh yang lembut.
  5. Canai dan terap. Bakar sehingga masak.
  6. Bila dah sejuk salutkan dengan bahan salutan.

Nota: Kalau bahan salut dah cukup manis tak perlu lagi ditambah dengan gula aising.

No Responses to “Suji Brunei”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: