Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Tako Thai

Kuih tako salah satu dessert popular orang-orang Thai….yang kini turut digemari oleh kita di sini. Kuih tako dan kuih tepung pelita rupanya seakan-akan sama. Walaupun sama tapi tidak serupa sama sekali. Ia dapat dibezakan melalui sarungnya….kuih tako daripada daun pandan sementara kuih pelita daripada daun pisang. Ramuan adunannya pun ada perbezaan. Kuih tako sungguh sedap jika dimakan sejuk lebih-lebih lagi untuk berbuka di bulan puasa ni. Resepi ni dapat lebih kurang 10 bekas kecil.

Lapisan Bawah:

  • 100 gm jus pandan
  • 520 gm air
  • 40 gm tepung hoen kwee
  • 40 gm tepung beras
  • 8 biji sengkuang cina, dipotong dadu kecil-kecil
  • 160 gm gula

Lapisan Atas:

  • 20 gm tepung hoen kwee
  • 20 gm tepung beras
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 400 gm santan

Caranya:

  • Lapisan bawah > Satukan semua bahan. Masak atas api yang kecil sehingga agak pekat. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil sehingga 2/3 penuh. Taburkan sengkuang yang dipotong dadu. Ketepikan.
  • Lapisan atas > Satukan semua bahan. Masak atas api yang kecil sehingga agak pekat. Tuangkan ke dalam bekas-bekas tadi . Sejukkan.

Nota: Sengkuang boleh digantikan dengan jagung manis tin.

No Responses to “Tako Thai”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: