Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Motif Dadar

Zaman mak-mak kita dulu kuih dadar atau ada juga yang panggilnya kuih ketayap hanya berwarna hijau ataupun putih saja. Tapi seiring dengan zaman serba canggih ni, warna kuih-muih pun turut bertukar kepada macam-macam warna….menjadikan penampilan kuih-kuih tradisi seperti ini semakin menarik dan tertarik…dari sudut lain bukankah warna boleh memberi dan mengubah mood seseorang kan… Kuih dadar bermotif ni cantik malah kita boleh mengubahnya dengan warna lain yang disukai.

  • 225 gm tepung gandum
  • 10 gm tepung ubi
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 300 ml santan
  • 300 ml air
  • 1 biji telur (A)
  • 1/4 sudu kecil choc paste/secukupnya
  • 1/2 sudu kecil pandan paste/secukupnya
  • 1 1/2 sudu kecil minyak jagung

Bahan Inti:

  • 250 gm kelapa parut
  • 30 gm gula kastor
  • 100 gm gula merah
  • 30 gm gula perang
  • 30 gm coklat masakan
  • 60 gm air
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 helai daun pandan

Cara Menyediakan Inti:

  • Masakkan gula kastor, gula merah, gula perang, daun pandan dan air hingga gula larut. Kemudian masukkan kelapa, coklat masakan dan taburkan tepung jagung. Masak inti hingga kering mengikut kesesuaian masing-masing. Sejukkan.

Cara Menyediakan Dadar:

  • Ayak tepung gandum bersama tepung ubi kemudian campurkan garam. Satukan santan, air dan telur, kacau rata dan sebati. Tuangkan campuran santan ke dalam tepung. Kacau rata sehingga adunan benar-benar rata dan halus. Keluarkan 1/4 adunan, campurkan choc paste dan masukkan dalam piping bag. Selebihnya campurkan dengan pandan paste.
  • Panaskan kuali non-stick. Sapukan sedikit butter/minyak sapi. Corakkan adunan coklat dahulu di atas kuali mengikut corak yang anda suka. Setelah kelihatan kering, ratakan pula adunan hijau di atas corak tadi. Masaklah dadar seperti biasa. Ulangi sehingga adunan habis.

Cara Menggulung: Bentangkan sekeping dadar, letak dan bentukkan inti memanjang. Gulungkan .

No Responses to “Motif Dadar”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: