Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Acar Ikan Bawal

Salam pagi Jumaat yang mulia ini. Haa….pejam celik pejam celik minggu depan kita semua akan mula menjalani ibadah puasa….mudah-mudahan ibadah kali ini dapat dikerjakan dengan sempurna….diterima dan diberkati oleh-Nya, insyaallah.
Ini menu tengahari semalam. Dah lama intai nak cuba acar ikan ni. Masa nak mula masak, confident je semua bahan cukup….alih-alih cari punya cari timun tak de da….yang lain-lain ada. Macam mana nak buat yer….nak keluar pi beli, alang-alang sebiji timun jer….lastnya teringat epal yang masih ada lagi, maka saya gantikan timun dengan epal. Ok juga, rasa acar tetap maintain….sedap masakan ni, anak-anak berpinggan-pinggan makan. Pesan saya, nak hidang baru dituangkan acar keatas ikan. Tak ndak dicampur terlalu awal takut nanti ikan become soggy….tak sedap….

Bahan-Bahan:
500 ikan bawal
(dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan digoreng hingga garing, ketepikan )

Bahan Kisar:
10 gm lada kering
3/4 sudu besar serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
1 cm halia
10 gm @ 3 ulas bawang putih
100 gm bawang besar

Bahan Tumis:

1/4 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil halba
2 1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
120 gm air
10 gm kismis
30 gm cashewnut, digoreng sekejap (yang ni saya tambah)

80 gm lobak merah
80 gm epal (saya ganti dengan 1 biji epal)
(potong memanjang spt batang mancis)

2 biji lada merah* (*dibelah dua)
2 biji lada hijau*
80 gm bawang merah*
100 gm minyak untuk menumis

Caranya:

  • Panaskan 100 gm minyak, (boleh juga gunakan minyak menggoreng ikan tadi cuma kurangkan jika banyak). Tumiskan bahan kisar, masukkan biji sawi dan halba, tumis hingga garing dan wangi baunya.
  • Tuangkan air, masukkan cuka, garam dan gula. Bila mendidih masukkan ikan, bawang merah, lada hijau, lada merah, kismis lobak merah, timun dan cashewnut. Kacau rata dan angkat.

Sumber: Curlybabe’s Satisfaction

No Responses to “Acar Ikan Bawal”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: