Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Kuih Lapis Kacang Hijau

Jika entri terdahulu saya postkan kuih lapis peanut butter kali ini saya nak share pula kuih lapis kacang hijau. Tepung kacang hijau Narayana yang saya gunakan memang asli rasa kacang hijaunya….kalau dicampur ke dalam adunan biskut….sebiji rasa kuih putu kacang….alaa, kuih yang famous kat utara semenanjung tu….kalau u all ke Pekan Rabu atau ke Padang Besar….haaa….kuih putu kacang ni memang banyak dijual di sana….cuma kat KL ni je susah sikit nak jumpa.

Bahan-Bahan:
250 gm gula pasir (manis yang sesuai pada saya)
1200 gm air
300 gm santan pekat
75 gm tepung kacang hijau
85 gm tepung hoen kwee (putih)
100 gm tepung ubi
150 gm tepung gandum
1/2 tsp garam
3 helai daun pandan
Pewarna hijau dan kuning

Caranya:

  1. Masak 2 cawan air bersama gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja, padamkan api.
  2. Tuangkan 4 cawan air lagi ke dalam campuran santan agar ia menjadi suam. Masukkan ke dalam pengisar.
  3. Campur semua jenis tepung dan tuangkan ke dalam pengisar yang berisi santan tadi. Kisar hingga sebati (saya tak blend cuma kacau dengan hand whisk saja…nak cepat).
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
  5. Dengan api kuat, didihkan air kukusan.
  6. Sapu loyang (9″) dengan sedikit minyak dan panaskan seketika.
  7. Tuangkan lapisan hijau sebagai lapisan pertama dan kukus selama 3-5 minit.
  8. Setelah lapisan hijau masak, tuangkan pula adunan kuning sebagai lapisan kedua dan kukus lagi 3-5 minit.
  9. Ulangi proses berselan-seli, diakhiri dengan lapisan hijau. Untuk lapisan terakhir setelah 3-5 minit, gunakan api sederhana dan teruskan mengukus sehingga 20 minit lagi.

Sumber: Majalah SAJI

No Responses to “Kuih Lapis Kacang Hijau”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: