Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Ayam Merah Kashmir

Sekarang ni semua harga barang melambung-lambung ekoran kenaikan harga minyak. Hari-hari dok fikir budget keperluan dapur….pening kepala….itu belum lagi masuk budget ansuran rumah, kereta, perbelanjaan sekolah anak-anak, bil air, letrik, bil itu bil ini dan banyak lagilah yang lain-lain….boleh sesak nafas dibuatnya. Hari-hari pimpinan kita suruh rakyatnya berjimat-cermat banyakkan menabung….tapi kalau dah cam gini gayanya….boleh masuk angin keluar asap kita….yer lah dengan pendapatan kita yang ciput ni berbanding dengan kos sara hidup yang semakin tinggi….apalah yang tinggal….nak makan pun tak cukup inikan nak menabung….apalagi nak jadi kaya….hehehe….lainlah halnya dengan mereka yang punya duit keliling pinggang, sebut je apa pun….sepantas kilat semua di depan mata….
Ok lah berleter banyak pun bukan leh merubah apa-apa. Kita terus ke menu kita hari ini. Minggu ni saya beli daging ayam je untuk stok seminggu….sebab harganya lebih murah daripada ikan dan seafood yang lain. Bahannya lebih kurang sama je seperti masak merah cuma kelainannya ada penambahan daun kari. Resepi asal dari Ummi tapi saya dah ubahsuai ikut citarasa saya….mmmm….sedapp!!!

AYAM MERAH KASHMIR

Bahan-Bahan:
16 potongan isi ayam
1 biji buah tomato, dihiris bulat dan nipis
100 gm tomato puree
3/4 cawan tomato sos (boleh tambah kalau nak rasa lebih masam)
10 sudu besar susu sejat
1 inci kulit kayu manis*
1 bunga lawang*
2 ulas bawang merah, dihiris*
2 pelepah daun kari*
Gula Merah dan Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
3 batang serai yang besar

Caranya:

  1. Ayam yang telah dibersihkan, digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang bertanda *. Setelah sedikit layu masukkan pula bahan yang dikisar. Tumis dengan api yang perlahan. Setelah naik bau masukkan hirisan buah tomato, kacau dan masak hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan tomato puree dan sos tomato. Biarkan seketika.
  4. Masukkan anggaran 1 1/2 cawan air, gula merah dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sikit.
  5. Masukkan ayam, kacau rata dan tutup. Bila mendidih kali kedua, masukkan susu sejat dan kacau lagi. Biarkan mendidih dan sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.

No Responses to “Ayam Merah Kashmir”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: