Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Kuih Bakar Mini Durian

Masih lagi dengan durian…harap tak de pula yang muak melihat entri ini yer…..sebab nak menghabiskan durian yang masih berbaki dalam petisejuk tu. Mula-mula fikir nak buat apam balik tapi at last kuih ini juga yang dipilih. Masuk kali ni dah 2x buat bingka durian ni. Sekali dulu try resepi bro Rozzan….dan kali ni try pula resepi sumbangan kak Fida….dua-dua sedap….berbaloi membuatnya sebab half adunan pun dah dapat banyak….lebih dari cukup….2 hari juga lah nak menghabiskan sebab anak-anak kurang suka kuih-kuih bingka ni. Saya namakan kuih bakar mini sebab dimasak dalam acuan bahulu. Jom ke resepi…

KUIH BAKAR MINI DURIAN

Bahan-Bahan:
250 gm isi durian
1700 ml santan (600 ml santan kotak + 1100 ml air)
600 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
6 biji telur (kalau kecil 7 biji) >> saya cuma guna 5 biji telur (B)
1 tsp garam
2 tsp pewarna kuning lemon
1/2 tsp pewarna hijau (jika suka)

Caranya:

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Tuang pula adunan dalam pengisar dan kisar bahan-bahan tersebut hingga halus.
  3. Tuang semula adunan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati.
  4. Sementara itu, oven hendaklah dipanaskan dahulu pada suhu 180C. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan bahulu yang bergris dan bakar selama 45 min atau sehingga masak.

No Responses to “Kuih Bakar Mini Durian”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: