Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Kari Daging Kerisik

Anak-anak dan suami suka sangat kari…lebih-lebih lagi kalau kari ayam dan kari daging. Biasanya masakan kari menggunakan santan atau susu sejat tapi kali ni saya nak mencuba masakan kari tanpa santan resepi oleh Fida@myr. Saya rasa semua mesti mencuba resepi ni…saya dah cuba…sungguh sedap…bertambah sedap keesokan harinya setelah dipanaskan sebab kari akan bertambah pekat dan ramuannya menjadi lebih mesra…itu yang menjadikannya lebih sedap. (Dalam resepi dinyatakan daging perlu direbus tapi saya tak rebus….saya tumiskan sekali bersama rempah sehingga lembut).

KARI DAGING KERISIK
Bahan-Bahan:
1 kg daging, dipotong nipis dan rebus empuk
2 sdb cili kisar
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 jari halia*
4-5 sdb rempah kari daging, dicampur sedikit air dan dijadikan pes
1 batang serai, dititik
2 lembar daun kari
sedikit kayu manis, cengkih, pelaga (penumis)
3 biji kentang, dibelah 4
3 biji tomato, dibelah 4
2 batang lada hijau, dibelah 2
1/2 cawan kerisik
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis
1/2 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
air secukupnya untuk kuah

Caranya:

  1. Kisar bahan-bahan bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris bersama daun kari hingga wangi dan sedikit layu. Masukkan campuran bahan kisar, penumis dan serai. Terus menumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis lagi hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.
  4. Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  5. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan buah tomato. Renihkan lagi 10-15 minit. Siap untuk dihidangkan.

No Responses to “Kari Daging Kerisik”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: