Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Kuih Lapis Peanut Butter

Saya suka sangat dengan kuih lapis. Kalau dulu kuih lapis yang kita kenal cuma yang lapis merah putih tu….tapi sekarang kuih lapis dah dimodenkan dengan macam-macam rasa dan color. Salah satu kuih lapis yang telah diperbaharui ialah kuih lapis peanut butter ni. Ia telah menjadi kuih kesayangan dan kegemaran saya. Dah beberapa kali buat….sedap sesangat….dan ni, saya buat masa parents datang hari tu…emak saya pun kata….sedapp kuih ni…

…peanut butter yang halus takde…guna yang chunky…tu yang nampak kacangnya…

KUIH LAPIS PEANUT BUTTER
Bahan A:
120 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
430 ml santan pekat
Secubit garam
Beberapa titik pewarna merah
Beberapa titik pewarna hijau
Bahan B(Lapisan Peanut):
80 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
350 ml santan pekat
100 gm gula kastor
200 ml air
160 gm peanut butter
Bahan Sirap: (Masak hingga gula larut)
150 gm gula kastor
200 ml air

Caranya:

  1. Campurkan bahan A kecuali pewarna dan masukkan sirap. Kacau rata dan tapis jika perlu.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, tambahkan pewarna merah dan hijau dalam setiap bahagian. Ketepikan.
  3. Untuk lapisan B: Masakkan gula dan air sehingga gula larut. Kemudian satukan tepung beras, tepung ubi dan santan, masukkan sirap, kacau rata. Tapis jika perlu. Masukkan peanut butter dan kacau rata, bahagi kepada 2 bahagian yang sama.
  4. Panaskan sebentar loyang 8″ yang disapu sedikit minyak dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dulu. Tuangkan 1 bahagian adunan peanut, kukus dengan api yang kuat selama 5 minit.
  5. Bahagikan adunan merah dan hijau kepada 2 bahagian yang sama bagi setiap color. Tuang lapisan hijau dan kukus 5 minit dengan api kuat.
  6. Teruskan dengan lapisan merah, kukus dan ulang semula lapisan hingga habis.
  7. Kukus lapisan terakhir dengan api sederhana selama 30 minit sehingga masak. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk mendapatkan potongan yang licin dan cantik.

No Responses to “Kuih Lapis Peanut Butter”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: