Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Puding Roti Horlicks

Masa blogwalking ke Teratak Dayang hari tu, hati terus tergoda dengan posting puding horlicks. Semalam tengah-tengah masak lunch tuh…tengok ada lagi roti yang tak habis…maka sampai lah hajat hati nak merasa puding ini…ada horlicks lagi…mesti sedap nih!! Dah siap masak…buat pulak puding…sekejap je dah siap. Di sebabkan saya tak ndak puding saya nampak kosong, saya parutkan sedikit cincau dan tambahkan ke dalam puding yang dah didih dan terus tutupkan api. Agak-agak dah sejuk gitew…masukkan pulak dalam petiais…lagi sejuk lagi sedap makan. Petangnya saya potong…sedapnyaaa….memang sedap. Thanks DJ berkongsi resepi yang sedap ini. Dah petang-petang cam ni…saya copy paste terus aje lah dari umah Dayang….boleh Dayang yer…

PUDING ROTI HORLICKS
Bahan A :
10 g serbuk agar-agar
800 ml air
1/2 cawan gula
Bahan B :
1/2 cawan serbuk horlicks
8 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan air panas
Bahan C :
5 keping roti sandwic (dipotong 4)
2 biji telur
250 ml susu cair
1 sk esen vanilla
Lain-lain :
2 sudu makan marjerin/mentega
krim coklat / ganache (utk hiasan) – optional

Cara-cara :

  1. Satukan bahan A di dlm periuk dan didihkan hingga gula larut.
  2. Bahan B dibancuh hingga larut. Kemudian masukkan ke dalam bahan A.
  3. Bahan C dikisar hingga halus dan tuangkan ke dlm larutan agar2 tadi. Kacau perlahan-lahan.
  4. Akhir sekali masukkan marjerin/mentega. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas yg bersesuaian.
  6. Jika suka, tuangkan ganache ke permukaan puding terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing. Untuk ganache, DJ menggunakan coklat masakan 50 g + 1 sudu makan butter + 1/4 cawan susu segar yang dicairkan secara double boil.
  7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (Boleh juga dihiaskan dgn ganache setelah puding sejuk atau ikut langkah no 6)
…puding yang disiram dengan sedikit coklat…

No Responses to “Puding Roti Horlicks”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: