Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Ayam Sambal Siam

Masakan ayam ni amatlah sedapnya. Terima kasih lah pada siapa yang menyumbangkan resepi ini. Amat sesuai sebagai hidangan harian, keraian mahupun untuk hidangan hari raya. Pada saya lah…bukan saja boleh dimakan bersama nasi bahkan enak juga dimakan bersama pulut kuning dan lemang sebab rasanya seakan-akan rendang…two thumbs-up from me….harus dicuba!!

AYAM SAMBAL SIAM

500 gm ayam dipotong kecil
150 ml santan pekat
30 ml minyak masak
2 sdm kerisik
Garam & Gula secukup rasa (saya campur sedikit dengan browning sugar)

Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
3 cm belacan, dibakar

Bahan Dihiris Halus:
6 helai daun limau purut
3 batang serai
4 cm lengkuas

Hiasan:
2 helai daun limau purut (dihiris)
2 ulas bawang putih (hiris & goreng garing)

Caranya:

  1. Panaskan minyak, goreng seketika bahan kisar. Masukkan serai dan lengkuas, goreng lagi hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak.
  3. Masukkan santan, garam dan gula.
  4. Perlahankan api dan biarkan mendidih. Masukkan pula hirisan daun limau purut dan kerisik. Kacau-kacau sebentar supaya rata.
  5. Angkat dan taburkan dengan bahan hiasan, sedia untuk dihidang.

Source: Majalah RASA Jan2006/Petikan dari Buku Favourite Dishes from Tunku’s Kitchen

No Responses to “Ayam Sambal Siam”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: