Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Blueberry Pancake

 …..gambar yang diambil awal pagi tadi….agak kelam kabut sikit….

Semalam bila melakukan pembersihan peti ais, rupanya ada dua tub yoghurt yang dua hari lagi nak expired. Fikir punya fikir baru teringat hari tu ada print satu resepi pancake yang menggunakan yogurt. So bangun je pagi lepas solat subuh…saya pun buatlah pancake ni dapatlah dalam 15 keping…lebih dari cukup untuk breakfast kami pagi ni. Saya adjust sikit resepi. Saya hanya gunakan 1 tub yogurt sebab 1 tub lagi saya nak guna untuk buat puding. Jadi nak mencukupkan kuantiti yoghurt saya tambahkan dengan susu sejat. Untuk blueberry pula saya gunakan bluberry filling…. Mulanya saya sudukan  filling tu atas pancake seperti arahan dalam resepi tapi bila dah separuh jalan…saya curahkan filling dalam beberapa sudu terus ke dalam adunan….kes nak cepat sudah.  Komen saya…walaupun saya dah ubah sana sikit….sini sikit tapi hasilnya…. pancake ni tetap sedap…paling sedap….lembut…gebu….and semua must try this!! Resepi dari dapur Ummi…Tks Ummi…

BLUEBERRY PANCAKE

Bahan A:
2 biji telur
1 1/2 cawan plain yogurt
3 sdb butter, cairkan (saya guna minyak jagung)

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung*
2 sdt baking powder*
1 sdt soda bikarbonat*
3 sdb gula
1/2 sdt garam

Bahan C:
2 cawan blueberry
2 sdb air
2 sdb jus lemon

Bahan D:
3/4 cawan gula

Caranya:

  1. Satukan bahan A dan kacau sebati. Dalam bekas lain, ayak bahan * dan satukan dengan bahan B yang lain. Kemudian bahan A dan B tadi disatukan.
  2. Satukan bahan C dan D, panaskan atas api yang perlahan sehingga pekat sikit.
  3. Panskan kuali dengan api perlahan dan oleskan dengan butter/minyak. Sendukkan 1/4 cawan adunan pancake ke dalam kuali. Letakkan beberapa sudu blueberry (4 atau 5 sudu kecil). Biarkan masak dan terbalikkan pula adunan. Bila kedua-dua belah sudah kekuningan, angkat.
  4. Taburkan dengan gula aising di atasnya tatkala menghidang (optional).

No Responses to “Blueberry Pancake”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: