Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Tofu Goreng Brokoli

Salam pagi Isnin semua. Dua hari tak sempat nak update…sibuk…ambil anak kat U cuti weekend…semalam petang hantar balik…tu tak masuk sibuk kat dapur lagi…macam-macam yang dia suruh kita masak mengalahkan orang mengidam pula. Haa…jangan terkezut pagi-pagi dah ada entry sayur. Sebenarnya ni salah satu menu hari Sabtu lepas. Selalunya kat restoran yang menyajikan makanan ala-ala chinese style menu tauhu mesti tak tinggal. Salah satunya ialah silk tofu atau tauhu sutera. Memang sedap kalau dimasak begini…tambah pula saya ni minat sangat dengan tauhu, masak lah apa pun…itu yang saya capai dulu. Jom tengok resepi…>>

TOFU GORENG BROKOLI
  • 2 sdm minyak
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • 1 cm halia, dihiris
  • 1 biji cili merah, hiris serong nipis
  • 150 gm brokoli, potong sesuai kuntumnya
  • 1/2 biji kecil carrot, dihiris nipis
  • 250 gm silk tofu, digoreng
  • 1 1/2 sdm kicap manis
  • 1 sdm minyak bijan
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam (nak pedas tambah lagi)
  • 2 sdm ikan bilis goreng

Caranya:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili merah sehingga harum.
  2. Masukkan brokoli dan carrot, tumis sebentar sampai brokoli dan carrot setengah masak.
  3. Masukkan 3 sudu makan air, tofu, kicap manis, minyak bijan dan serbuk lada hitam. Jika nak berkuah lebihkan air sikit dan tambah lagi kicap, minyak bijan dan lada hitam jika perlu.
  4. Masak hingga mendidih. Angkat dan sajikan dengan taburan ikan bilis goreng.

~~~~~~~~~~//////~~~~~~~~~~
Anda Juga Mungkin Meminati:

No Responses to “Tofu Goreng Brokoli”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: