Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Nasi Goreng Sardin

Dalam petiais ada lauk sardin lebihan semalam…nasi pun ada lagi…buatlah nasi goreng untuk bekal anak-anak ke sekolah dan sarapan pagi tadi. Dah selalu juga masak nasi goreng sebegini….tak perlu nak explain panjang lagi….ternyata memang sedap nasi nih…dah pasti anak-anak pun suka sebab sardin kesukaan diorang.

NASI GORENG SARDIN

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan penuh nasi putih sejuk
  • 1 tin kecil sardin (hancurkan kasar)
  • 3 biji telur (digoreng scramble)
  • 1/2 cawan kacang peas frozen
  • 1/2 biji kecil lobak merah (didadu kecil)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sdt lada sulah
  • 3 sdb kicap manis
  • 2 sdb cili kering kisar

Bahan Tumbuk:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan

Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masuk pula cili kering kisar, goreng lagi hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan sardin bersama sedikit sosnya, lada sulah dan kicap manis. Kacau hingga agak-agak sedikit kering.
  3. Masuk kacang peas dan lobak merah, kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi dan gorenglah hingga nasi merata dengan bahan-bahan yang lain. Tambah garam jika perlu.
  5. Last sekali, masukkan telur scramble. Kacau lagi hingga rata.
  6. Hiaslah dengan hirisan daun bawang, sedikit ikan bilis goreng dan bawang goreng.

2 Responses to “Nasi Goreng Sardin”

  1. saya suka sardin jgk ~

  2. hai…alinac lover, sesekali berlaukkan sardin mmg sedap…tp la ni harga sardin pun makin mahal dah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: