Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Rahsia Pemakanan

SETIAP YANG KITA MAKAN MEMPUNYAI RAHSIA DAN FUNGSINYA UNTUK KEBAIKAN TUBUH SERTA KESIHATAN DIRI. OLEH ITU PEMAKANAN SEIMBANG SEHARUSNYA DIUTAMAKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. GAYA SIHAT ITU JUGA HARUS DITERAP DAN DIDIDIK DALAM DIRI ANAK-ANAK SEDARI KECIL AGAR MENJADI KEBIASAAN DAN SATU KEMESTIAN DALAM HIDUP MEREKA. INI KERANA APA YANG MEREKA MAKAN SEKARANG INI AKAN MEMBERI KESAN PADA MEREKA DI KEMUDIAN HARI NANTI.  JOM IKUTI INFO SELANJUTNYA.

Pakar pemakanan menyarankan kita memakan ikan sardin paling tidak 2 minggu sekali untuk kesihatan jantung dan peredaran darah.  Ini kerana, ikan sardin mengandungi lemak omega 3.  Ikan sardin yang terbaik adalah yang diperolehi dari Bandar Alaska.  Ini kerana semakin sejuk kawasan tersebut, semakin banyak lemak ikannya.
Untuk khasiat yang penuh sebaiknya ikan sardin dimakan bersama kulit dan tulangnya. Kedua bahagian ini merupakan sumber kalsium yang sangat baik. Sementara isinya pula mengandungi vitamin D juga baik antara lainnya membantu penyerapan kalsiumnya.

Bawang putih sangat baik untuk kesihatan termasuk memerangi kanser. Supaya kandungan khasiatnya semakin baik, kata pakar, ketika membuat pasta atau masakan yang lainnya, biarkan cincangan bawang putih selama 10 minit sebelum dimasak.  Sepanjang dibiarkan pertumbuhan anti kanser yang terdapat di dalam bawang putih akan semakin kuat.

Tempe dan tauhu adalah sumber protien yang sangat baik dan murah jika dibandingkan dengan protein haiwan seperti daging, ayam mahupun ikan.  Makanlah setiap hari tempe dan tauhu. Kacang soya mengawal kadar kolestrol dan trigliserid dan tekanan darah sentiasa rendah. Selain itu juga, ia mengawal supaya pembuluh darah akan tetap elastik. Mungkin kerana itu, mereka yang mengamalkan vegetarian kebanyakannya lebih sihat dan bacaan tekanan darah mereka menjadi lebih baik.

Ayam bakar, daging bakar dan sate memang enak. Tapi tahukah anda, jangan pernah membakar ayam, daging atau sate tanpa diperap bersama bahan rempahnya  terlebih dahulu. Ini kerana lapisan rempah tersebut akan mencegah pembentukan zat karsinogen yang sering ada pada makanan-makanan yang dibakar. Begitu juga sebaiknya sate dimakan sekali bersama dengan timun dan bawang kerana dikatakan dua bahan ini dapat mencegah kewujudan zat karsinogen dalam tubuh badan yang membawa mudarat kepada kesihatan.

SEMOGA INFO INI DAPAT MEMBERI KITA SEDIKIT SEBANYAK GAMBARAN TENTANG KEPENTINGAN PEMAKANAN SIHAT….
Sumber: SEDAP/Bil 11/Vol 1/2009

No Responses to “Rahsia Pemakanan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: