Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Talam Lapis Tembikai

DAH LAMA TAK BUAT KUIH-KUIH TALAM NIH, KALAU LAMA TAK BUAT NANTI SKILL HILANG…JADI SEMALAM RAJINKAN JUGALAH DIRI UNTUK BUAT KUIH TALAM TEMBIKAI NI UNTUK MINUM PETANG. DAH DUA KALI BUAT…NAK PERABISKAN AIR SOYA YANG DIBELI HARI TU. KUIH TALAM NI DALAM KELOMPOK KUIH NYONYA. RASANYA BERLAINAN SEDIKIT DARI KUIH TALAM YANG LAIN TU…KALAU NAK TAHU BOLEH LAH MENCUBA…

TALAM LAPIS TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN:
150 GM TEPUNG BERAS
140 GM TEPUNG UBI
20 GM TEPUNG SAGO
500 ML AIR SOYA TANPA GULA
200 ML SANTAN PEKAT
220 GM GULA KASTOR (saya jadikan 145-150 gm…tak suka manis-manis)
1/2 TSP GARAM
60 GM CINCAU (potong kiub)
BEBERAPA TITIK BRIGHT RED & GREEN COLOURING
BEBERAPA TITIK PANDAN PASTE

CARANYA:
1. SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI CINCAU, PEWARNA DAN PANDAN PASTE KE DALAM BEKAS, TAPIS. BAHAGIKAN ADUNAN : 200 GM CAMPURKAN PANDAN PASTE DAN PEWARNA HIJAU, DAN 200 GM DIBIARKAN PLAIN.
2. MANAKALA YANG SELBIHNYA DIWARNAKAN DENGAN WARNA MERAH DAN CAMPURKAN CINCAU.
3. LAPISAN PERTAMA, KUKUSKAN ADUNAN BERWARNA HIJAU DALAM LOYANG 8 INCI BULAT. KUKUSKAN DENGAN API KUAT SELAMA 5 MINIT DALAM PENGUKUS YANG TELAH DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU.
4. TUANGKAN PULA LAPISAN PLAIN, KUKUS LAGI 5 MINIT.
5. AKHIRNYA, KUKUS LAPISAN MERAH DENGAN API SEDERHANA SELAMA 15-20 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK. SEELOK-ELOKNYA BIARKAN SEJUK PALING KURANG 4 JAM UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN YANG CANTIK.

No Responses to “Talam Lapis Tembikai”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: