Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Kenali Rahsia Diri

ANTARA SEDAR ATAU TIDAK ANDA MAHU PUN ANAK ANDA AKAN MENGAMBIL SNEK SETIAP KALI MENONTON TELEVISYEN, SEMASA BELAJAR ATAU BEREHAT SAMBIL MINUM PETANG. TANPA ANDA TAHU, TERSELIT RAHSIA DIRI ANDA ATAU ANAK ANDA DI SEBALIK KUDAPAN YANG DIAMBIL. JOM KITA SINGKAP RAHSIA DI SEBALIKNYA.

SNEK PILIHAN

BISKUT

UNTUK ANDA YANG SUKAKAN BISKUT, ANDA SEORANG YANG SUKA TERMENUNG. NAMUN ANDA BUKAN TERMENUNG KOSONG, ANDA SUKA BERFIKIR. SEGALA KEPUTUSAN YANG ANDA BUAT BERDASARKAN LOGIK TANPA MELIBATKAN EMOSI. ANDA CUKUP MENGHARGAI KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN. KADANG-KADANG KAMU GELISAH KERANA TERLALU BANYAK BERFIKIR.  ANDA JUGA SEORANG YANG KUAT BERANGAN.

NUGGET atau DRUMMET

ANDA SEORANG YANG TELITI.  ANDA SENTIASA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA. ANDA INGIN HIDUP DI DALAM DUNIA YANG AMAN TANPA KONFLIK.  SELAIN ITU ANDA AMAT MENYAYANGI HAIWAN DAN AMAT MENGAMBIL BERAT TENTANG HAK-HAK HAIWAN.  ANDA TIDAK SUKAKAN KETIDAK ADILAN.  ANDA JUGA AKAN MEMASTIKAN SETIAP ORANG AKAN DILAYAN DENGAN ADIL.

SOSEJ DENGAN ROTI

SIKAP ANDA YANG RAMAH MEMBUATKAN ANDA RAMAI KAWAN. BONUS UNTUK KAWAN-KAWAN ANDA KERANA  ANDA SEORANG SAHABAT YANG SETIA DAN BOLEH DIPERCAYAI.  KAWAN-KAWAN SENANG APABILA BERADA DI SAMPING ANDA KERANA ANDA PANDAI MENYESUAIKAN DIRI DI MANA SAJA ANDA BERADA.

AISKRIM

ANDA SEORANG YANG PERAMAH DAN DISUKAI RAMAI.  ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN DALAMAN UNTUK MENCAPAI PERKARA YANG ANDA INGINKAN.  KELUARGA ANDA ADALAH PERKARA PALING PENTING DALAM HIDUP.  ANDA JUGA BERASA SELESA BERADA DI RUMAH.  ANDA SEORANG YANG BEKERJA KERAS TETAPI ANDA TAHU BILA DAN BAGAIMANA UNTUK BEREHAT DAN MENIKMATI HIDUP.

KEKACANG

JIKA ANDA SALAH SEORANG YANG MENGGEMARI KEKACANG MAKA KAMU ADALAH SEORANG YANG SENTIASA CERGAS DAN PENUH BERTENAGA.  ANDA SUKAKAN HIDUP YANG PENUH DENGAN PELBAGAI AKSI.  IDEA DAN PENDAPAT YANG ANDA BERIKAN BIASANYA SUNGGUH KREATIF DAN HEBAT SEHINGGA KAWAN-KAWAN ANDA AMAT MENGAGUMI ANDA.

MAKANAN RINGAN

ANDA YANG SUKAKAN MAKANAN INI ADALAH SEORANG YANG MENGIKUT KATA HATI DAN BOLEH DIHARAP.  ANDA SEORANG YANG BERSOPAN DAN MENJALAN CARA HIDUP YANG PENUH DENGAN TATA SUSILA.  TETAPI ADA MASANYA ANDA JUGA AGAK KERAS KEPALA.  ANDA SEORANG YANG SANGAT BERETIKA DAN MENGEKALKAN INI DALAM HIDUP ANDA.

COKLAT

ANDA YANG SUKAKAN COKLAT ADALAH SEORANG YANG SENTIASA CERIA.  ANDA PANDAI MENIKMATI HIDUP.  ISTILAH MURUNG TIADA DALAM KAMUS HIDUP ANDA.  BAGI ANDA TIADA MASALAH YANG TIDAK BOLEH DISELESAIKAN. ANDA JUGA SEORANG YANG SENTIASA CERIA.

One Response to “Kenali Rahsia Diri”

  1. kite suke kacang.kite suke kacang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: