Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Kek Lapis Nirwana

KATA ORANG, RAJA SEGALA BUAH ADALAH DURIAN…MANAKALA RAJA SEGALA KEK ADALAH KEK LAPIS…HEHEHE…BETUL KE STATEMENT NIH…?

INILAH KEK LAPIS PERTAMA BERJAYA SAYA HASILKAN SEKITAR TAHUN 2006….BETULL…SIAP ADA DATE LAGI KAT GAMBAR TU…GAMBAR NI BUKAN CIPLAK YER…MEMANG ORI KEPUNYAAN SAYA…SEBAB SAYA PERNAH TERJUMPA GAMBAR NI DALAM BLOG LAIN TANPA PERMISSION DARIPADA SAYA (saya masih ingat blog tu…tapi rasanya tak perlulah saya nyatakan di sini)…SIAPA PUN AKAN MARAH KALAU HASIL USAHANYA DICURI OLEH ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEMUDIAN TERANG-TERANGAN PAMERKAN PULA GAMBAR TERSEBUT DALAM BLOG MEREKA…(dengan nada sedikit emosi)…

OK LAH, GAMBAR NI SAYA DAH FRAMEKAN CANTIK-CANTIK SEBAGAI KENANGAN UNTUK SAYA….JUGA UNTUK TATAPAN PARA PENGUNJUNG KE SINI. TIKA ITU ERA KEK LAPIS BAGAIKAN TSUNAMI…HOT…SANA SINI ORANG MEMPERKATAKAN TENTANG KEK LAPIS…MERATA KURSUS KEK LAPIS DIADAKAN…DAN BERATUR PULA ORANG PI BELAJAR…

PASARAN KEK LAPIS MASA TU TAK MACAM SEKARANG…AMAT TERHAD…TAPI SEKARANG DAH RAMAI ORANG BERNIAGA KEK LAPIS SAMA ADA SECARA ONLINE MAHUPUN DI PASARAN TERBUKA TERUTAMA BILA TIBA MUSIM PERAYAAN.

SAYA MASIH INGAT LAGI, SEBELUM-SEBELUM TU…SETIAP PERCUBAAN MEMBUAT KEK LAPIS DARI MAJALAH MAHUPUN INTERNET…PASTI GAGAL. SETELAH BERKALI-KALI GAGAL…TERGERAK HATI UNTUK MENDALAMI PROSES PEMBUATAN KEK LAPIS YANG SEBENARNYA. SETELAH MENGIKUTI KURSUS, BARULAH SAYA FAHAM, MEMBUAT KEK LAPIS NI ADA TEKNIKNYA YANG TERSENDIRI…PATUTLAH SELAMA NI BUAT SEMUANYA FAILED…SEBAB TEKNIK TAK BETUL…SEMUA MAIN REDAH JE. PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT, SETIAP APA YANG KITA NAK LAKUKAN MESTILAH DENGAN ILMU…BIARLAH ILMU ITU PENUH DI DADA SEBELUM MEMULAKAN SESUATU…PASTI KEJAYAAN AKAN MENYUSUL…INSYAALAH.

KALAU ADA YANG TANYA RESEPI….INILAH RESEPINYA….RESEPI DARI CHEF ASMA.

KEK LAPIS NIRWANA

BAHAN A:
18 BIJI KUNING TELUR
7 BIJI PUTIH TELUR
350 GM GULA HALUS
225 GM TEPUNG GANDUM / SUPERFINE
1 1/2 TBSP OVALATTE
1 1/2 TSP BAKING POWDER

BAHAN B:
375 GM BUTTER
12 TBSP SUSU PEKAT MANIS
1 1/2 TSP ESEN VANILLA

BAHAN C:
PEWARNA HIJAU DAN KUNING
SEDIKIT PEWARNA BRIGHT RED
RAISIN & CHOCOLATE CHIP

CARANYA:
1. PUKUL BAHAN (A) HINGGA KEMBANG.
2. DI DALAM BEKAS BERASINGAN PUKUL BAHAN (B) HINGGA KEMBANG.
3. SATUKAN BAHAN (A & B) PUKUL DENGAN WHISK TANGAN.
4. BAHAGIKAN KEPADA 4 BAHAGIAN:-

  • a) 1 bahagian campurkan pewarna kuning (letak chocolate chips)
  • b) 2 bahagian campurkan pewarna hijau (letak raisin)
  • c) 1 bahagian campurkan pewarna merah

5. SEDIAKAN ACUAN 8.5″x 8.5″x 4″.
BAKARLAH SELAPIS DEMI SELAPIS DENGAN SETIAP LAPISAN 100 GM.

No Responses to “Kek Lapis Nirwana”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: