Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Gado-Gado Bonda

SAYA NAMAKANNYA GADO-GADO. TAPI MUNGKIN TEMPAT LAIN…NAMANYA PASEMBUR ATAU JUGA ROJAK. NAMA LAIN-LAIN TAPI BENDANYA LEBIH KURANG SAMA JE. SEBAB APA GADO-GADO BONDA…SEBAB SAYA BIASA LIHAT MAK SELALU BUAT GADO-GADO NI SEMENJAK SAYA KECIL LAGI.
MENURUT CERITA MAK….DULU DI KAMPUNG, ADA SEBUAH KEDAI MAKAN MENJUAL GADO-GADO. KALAU TAK SILAP NAMA TUAN KEDAI TU PAK HARUN…PAKCIK NI LAH YANG MEMBERI NAMA GADO-GADO. KEDAI MAKANNYA TAK PERNAH PUTUS DIKUNJUNGI ORANG. MAK KATA, MENGIKUT CERITA ORANG YANG PERNAH MAKAN DI KEDAI PAK HARUN…GADO-GADONYA SPECIAL DAN SEDAP SANGAT…ITU SEBAB LAKU…HARI-HARI HABIS. DENGARKAN CERITA DARI MULUT KE MULUT TU…MAK PUN SURUH LAH AYAH PERGI BELI SEBUNGKUS…NAK RASA…YES, MEMANG BETUL KATA MEREKA SEMUA…SEDAP!!. SETELAH TU, MAK PUN TRY AND ERROR HASILKAN GADO-GADO…TAPI TAK SESEDAP GADO-GADO PAK HARUN. KEBETULAN AYAH SAYA MEMANG BERKAWAN BAIK DENGAN PAK HARUN. NAK DIJADIKAN CERITA…SATU HARI MAK MENYURUH AYAH CUBA-CUBA RISIKKAN RESEPI DARI PAK HARUN. UNTUNGLAH PAK HARUN NI TAK LOKEK…SEDIA BERKONGSI RESEPI WALAUPUN RESEPI TU MODAL DIA CARI MAKAN.
DARI SITULAH BERMULANYA CERITA GADO-GADO NI…KINI MENJADI FAVORIT KAMI SEKELUARGA. HINGGAKAN SUAMI YANG BELUM PERNAH MAKAN TU PUN…BILA DAH BERKAHWIN DENGAN SAYA…GADO-GADO MENJADI ONE OF HIS FAVOURITE…

GADO-GADO BONDA

BAHAN CUCUR:
2 CAWAN (200 GM) TEPUNG GANDUM
1 1/4 CAWAN (250 GM) AIR – masukkan sikit-sikit
1/2 TSP SODA
1/2 IKAT DAUN SUP & DAUN BAWANG – dihiris halus
6 EKOR BESAR UDANG HIDUP – dipotong dua (kalau suka udang yg banyak…letaklah lebih)
GARAM SECUKUPNYA

CARANYA:
CAMPURKAN SEMUA BAHAN DAN BANCUH SEPERTI MEMBUAT CUCUR UDANG. SETELAH MINYAK PANAS GORENGKAN CUCUR INI PANJANG-PANJANG HINGGA KEKUNINGAN. SETELAH SEJUK, HIRISKAN SEDERHANA TEBAL (jgn tebal sangat dan jgn nipis sangat).

BAHAN UNTUK KUAH:
250 GM UBI KELEDEK
150 GM KACANG TANAH (disangai)
8 TANGKAI CILI KERING (direbus dan blend hingga halus)
1 BIJI BAWANG MERAH YANG BESAR
2 ULAS BAWANG PUTIH
1 CM BELACAN
3-4 SUDU MAKAN SOS TOMATO
2 SUDU MAKAN GULA MERAH / BROWN SUGAR
GARAM DAN GULA PASIR SECUKUP RASA

CARANYA:
1. UBI KELEDEK DIKUPAS KULITNYA DAN DIREBUS HINGGA EMPUK. AIR REBUSANNYA DISIMPAN. UBI DIKISAR / DILECEK HALUS.
2. KACANG TANAH YANG TELAH DISANGAI, DIKISAR BERSAMA BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.
3. PANASKAN MINYAK, TUMIS CILI KISAR HINGGA GARING.
4. MASUKKAN KACANG TANAH YANG DIKISAR BERSAMA DENGAN KELEDEK. KACAU HINGGA RATA.
5. MASUKKAN AIR REBUSAN UBI DAN SOS TOMATO. APABILA MENDIDIH, MASUKKAN GULA MERAH, GARAM DAN JIKA PERLU DITAMBAH DENGAN GULA PASIR.

** KUAH HENDAKLAH ADA RASA MANIS DAN MASAM SOS TOMATONYA…BARU SEDAP..

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN LAIN:
1 BIJI KECIL TIMUN (dipotong bulat kemudian dihiri jejari)
60 GM TAUGEH (dicelur)
2 BIJI TELUR AYAM (direbus dan dibelah dua – jika suka)
2 KEPING TAUHU (digoreng dan dihiris)
BEBERAPA KEPING DAUN SALAD (dihiris)

CARA HIDANGAN:
CAMPURKAN CUCUR BESERTA BAHAN-BAHAN SAMPINGAN LAIN DALAM PINGGAN DAN TUANGKAN KUAH KE ATASNYA.

No Responses to “Gado-Gado Bonda”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: