Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Mee Batavia

SEINDAH NAMA…SEINDAH RASA. BEGITULAH YANG DAPAT SAYA GAMBARKAN MENGENAI KEENAKAN HIDANGAN MEE INI. TWO-THUMBS UP FROM MY HUBBY AND MY CHILDREN. MACAM MANA NAK CAKAP YA…OKLAH…APA YANG DAPAT SAYA SIMPULKAN, RASANYA…SEAKAN -AKAN MEE BANDUNG PUN ADA…SEPERTI MEE SUP PUN ADA…SEPERTI MEE BERKUAH PUN ADA. RESEPI DAH LAMA ADA DALAM SIMPANAN …CUMA BARU SEKARANG ADA SERU NAK MENCUBA…ALMAKLUMLAH KAN, SEJAK DAH ADA WADAH INFORMASI  NI…KALAU BOLEH SEMUA RESEPI YANG ADA…SEMUA NAK TRY.
RESEPI ASAL TIADA SUKATAN YANG TEPAT, CUMA DINYATAKAN BAHANNYA SAJA. OLEH KERANA INGIN SANGAT NAK MENCUBA DAN NAK TAHU MACAM MANA OUTCOMENYA…SAYA CUBA OLAH SEMULA RESEPI TU MENGIKUT CITARASA SAYA. 

….hasilnya dijamin tidak mengecewakan….

MEE BATAVIA

BAHAN-BAHAN:
MEE KUNING
DAGING – DIHIRIS NIPIS
1 BATANG KAYU MANIS (CINNAMON)
3 BIJI BUAH PELAGA
3 BIJI BUNGA CENGKIH
1 BUNGA LAWANG
SEDIKIT LADA HITAM } tak letak sebab dah cukup pedas
SEDIKIT LADA PUTIH }
5-6 SUDU MAKAN SOS TOMATO
2 SUDU MAKAN SOS CILI
4 SUDU MAKAN KICAP MANIS
2 KEPING FISHCAKE
3 BIJI TELUR
1-2 SUDU MAKAN TEPUNG JAGUNG
GARAM & GULA SECUKUP RASA

BAHAN SAYURAN :
BUAH TOMATO – dipotong 6
SAYUR SAWI
KOBIS
BATANG SALERI

BAHAN DIKISAR HALUS:
1 BIJI BAWANG MERAH YANG BESAR
1 ULAS BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
6 BIJI CILI KERING
1 SUP BUNJUT – AMBIL ISI SAHAJA

CARANYA:
1. TUMISKAN KAYU MANIS, PELAGA, BUNGA CENGKIH DAN BUNGA LAWANG.
2. MASUKKAN BAHAN KISAR. TUMIS SEHINGGA NAIK BAU.
3. MASUKKAN DAGING, MASAK SEHINGGA DAGING EMPUK.
4. MASUKKAN SOS TOMATO DAN SOS CILI. GORENGKAN SEKEJAP.
5. SETERUSNYA MASUK AIR SEBANYAK 5 CAWAN DAN KICAP MANIS. BIARKAN SEHINGGA MENDIDIH.
6. BOLEHLAH DIMASUKKAN FISHCAKE DAN BAHAN SAYURAN. SETELAH DIDIH, MASUKKAN TELUR.
KETIKA INI, JANGAN DIKACAU, TUNGGU HINGGA TELUR MASAK.
7. PERASAKAN DENGAN GARAM, GULA, LADA HITAM DAN LADA PUTIH JIKA SUKA KUAH YANG LEBIH PEDAS. KUAHNYA HENDAKLAH ADA RASA SEDIKIT PEDAS, MASAM DAN MANIS.
8. AKHIR SEKALI TAMBAHKAN LARUTAN TEPUNG JAGUNG UNTUK MEMEKATKAN KUAH. SAYA JUGA MENAMBAHKAN 2 SUDU MAKAN SUSU SEJAT PADA STEP INI (jika suka).
9. JIKA SUKA BOLEH JUGA DIHIDANGKAN MEE BERSAMA TAUGEH YANG TELAH DICELUR SEKEJAP, HIRISAN DAUN BAWANG, BAWANG GORENG DAN HIRISAN LIMAU KASTURI/NIPIS.

No Responses to “Mee Batavia”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: