Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Info Dapur

KHASIAT LENGKUAS

LENGKUAS BUKAN SEKADAR RAMUAN DALAM MASAKAN….

LENGKUAS MERUPAKAN TANAMAN REMPAH YANG BIASA DITANAM DI SEKITAR RUMAH.  POKOK INI BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 2.5 METER.  LENGKUAS BOLEH TUMBUH DI KAWASAN DATARAN RENDAH HINGGA KE KAWASAN TANAH TINGGI SEKITAR 1,200 METER DARI PARAS LAUT.

LENGKUAS MEMPUNYAI KHASIAT MENAMBAHKAN SELERA MAKAN, MEMBERSIHKAN DARAH, MENCAIRKAN KAHAK DAN MERANGSANG OTOT.  LENGKUAS JUGA DIJADIKAN SEBAGAI SALAH SATU BAHAN JAMU DAN UBAT UNTUK MENGUATKAN TENAGA BATIN.  UNTUK MENGHILANGKAN RASA KURANG BERMAYA DAN HILANG SELERA MAKAN, BIJI PADA BUNGA POKOK LENGKUAS DITUMBUK HINGGA LUMAT, TUSKAN UNTUK AMBIL AIRNYA DAN DICAMPURKAN DENGAN SEGELAS AIR SUAM, DAN DIMINUM PADA WAKTU PAGI DAN SEBELUM TIDUR.  AMALKANNYA UNTUK BEBERAPA KALI.

SELAIN ITU LENGKUAS JUGA BERFUNGSI SEBAGAI ANTI-FUNGUS.  CARA PENGUBATANNYA IALAH DENGAN MENGGOSOK LENGKUAS YANG DIPARUT KEPADA KESAN PANAU ATAUPUN KAYAP PADA BADAN.  IA JUGA BERKHASIAT UNTUK MERAWAT PENYAKIT LIMPA BENGKAK.  BAGI MEREKA YANG MENDERITA AKIBAT PENYAKIT INI, BOLEHLAH MENGAMALKAN CARA PERUBATAN TRADISONAL INI DENGAN MEREBUS DUA LENGKUAS DAN TIGA TEMU LAWAK SEBESAR IBU JARI,  DAN SEGENGGAM DAUN DUKUNG ANAK (SEGAR ATAU KERING)  BERSAMA TIGA CAWAN AIR HINGGA MENDIDIH.  AIRNYA KEMUDIAN DIMINUM DUA KALI SEHARI, PAGI DAN MALAM.

KHASIAT LENGKUAS JUGA DITEMUI DALAM DUNIA PERUBATAN CINA.  MASYARAKAT CINA PERCAYA LENGKUAS BERKHASIAT BAGI MENGHALANG MUNTAH, SAKIT SEJUK BADAN DAN JUGA MENCEGAH CIRIT-BIRIT.

LAIN PULA KISAHNYA DI RUSSIA,  LENGKUAS DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN TAMBAHAN DALAM PEMBUATAN CUKA DAN ARAK NASTOIKA.  DI LITHUANIA DAN ESTONIA, LENGKUAS DIJADIKAN SERBUK DAN DICAMPURKAN DALAM CAMPURAN TEH DAN JUGA DIJADIKAN BAHAN CAMPURAN DALAM MINYAK WANGI.

POKOKNYA JUGA BOLEH MENGHILANGKAN BAU BADAN TERUTAMANYA BAGI WANITA YANG BARU LEPAS BERSALIN.  UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN,  AMBIL BEBERAPA BATANG  YANG SEGAR,  POTONG BATANGNYA PENDEK-PENDEK DAN DITUMBUK HINGGA LUMAT.  REBUSKAN HINGGA MENDIDIH DAN GUNAKAN AIR REBUSANNYA UNTUK MANDI.

SUMBER: SAJI/NOVEMBER/2004

No Responses to “Info Dapur”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: