Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Slice Cheese Cake

LIHAT KAT BLOG KENGKAWAN YANG ADA TAYANGKAN CHEESE CAKE NI…RASA TERTARIK PULA NAK MENCUBA. MACAM-MACAM VARIASI COLOUR DAN PERISA ADA. LIHATKAN TIDAK PERLU BAHAN YANG BANYAK…SAYA PUN BUATLAH. MASA TENGAH BAKAR TU…HARUM SEMERBAK SATU RUMAH…NAMPAK IA NAIK DENGAN CANTIK SEKALI. DARI RUPANYA, SAYA TAHU KEK NI MEMANG RINGAN…MACAM SPONGE KEK PUN ADA. RASA MEMANG MARVELLOUS…MALATOPS!! CUMA SATU YANG SAYA TAK BERAPA PUAS HATI…BAHAGIAN BAWAHNYA MACAM PADAT SIKIT…SIKIT JE…TAPI BAHAGIAN ATASNYA CANTIK…GEBU…TAK TAHU MANA SILAPNYA….LAIN KALI BOLEH CUBA LAGI HINGGA DAPAT HASIL YANG LEBIH BAIK.

SLICE CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN:
4-5 KEPING SLICE CHEESE
200 ML SUSU SEGAR
70 GM BUTTER
70 GM TEPUNG GANDUM (saya guna tepung superfine)
70 GM GULA KASTOR
4 TELUR (MEDIUM) – ASINGKAN KUNING & PUTIH
1 TSP ESEN VANILLA

CARANYA:
SIAT KECIL-KECIL CHEESE DAN CAMPURKAN DENGAN SUSU SEGAR.
KACAU ATAS API PERLAHAN HINGGA CAIR.
MASUK BUTTER, KACAU HINGGA LARUT, TUTUP API DAN SEJUKKAN.
PUKUL PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA JADI MERINGUE.
DALAM BEKAS LAIN, PUKUL KUNING TELUR HINGGA KEMBANG DAN MASUKKAN DALAM ADUNAN CHEESE, MASUK TEPUNG SIKIT-SIKIT, PUKUL LAGI SUPAYA TAK BERKETUL.
AKHIR CAMPURKAN MERINGUE DALAM ADUNAN TEPUNG BERSAMA DENGAN ESEN VANILLA. KAUP BALIKKAN SUPAYA RATA. BAKAR DENGAN SUHU 170C SELAMA 20 MINIT, TURUNKAN SUHU 140C DAN TERUSKAN MEMBAKAR SELAMA 40 MINIT LAGI.

No Responses to “Slice Cheese Cake”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: