Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Puding Sagu Gula Melaka

UCAPAN TERIMA KASIH DRPD SAYA KEPADA PENGUNJUNG2…TAK KIRA LAH DARI MALAYSIA, BRUNEI DARUSSALAM, SINGAPURA JUGA DARI NEGARA2 LAIN…YANG TERUS SETIA MENGUNJUNGI SINGGAHSANA KITCHEN…TERMASUK JUGA PADA MEREKA YANG SUDI LINK KAN BLOG INI KE DALAM BLOG MEREKA. SINGGAHSANA KITCHEN SENTIASA MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA SEMUA.

PUDING SAGU CUKUP POPULAR KEPADA MEREKA YANG GEMARKAN DESSERT. MUGKIN KENGKAWAN KAT LUAR SANA PUN ANTARA PENGGEMAR PUDING INI. JADI PADA SAPA2 YANG NAK MENCUBA…RESEPI NI DIJAMIN MENJADI DAN AMAT ENAK SEKALI TERUTAMA BILA DIMAKAN SEJUK. MEMANG TAK CUKUP KALAU BUAT SIKIT-SIKIT. ALAA, KOSNYA PUN TAKLAH MAHAL, DARIPADA MEMBELI KAT LUAR…LEBIH JIMAT BUAT SENDIRI…BOLEH MAKAN RAMAI-RAMAI BERULANG-ULANG.

INI LAH DIA PUDING SAGU TU…AMACAM NAMPAK MENGGODA TAK..?? KALAU TERGODA, BUAT TAU…JANGAN TAK BUAT…CONFIRM SEDAPP!!

PUDING SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:
450 GM SAGU – DIBASUH DAN DIRENDAM DENGAN 600 ML AIR SELAMA 30 MINIT
2 LITER AIR
PEWARNA MERAH, HIJAU DAN KUNING

CARA:
PANASKAN AIR SEHINGGA MENDIDIH DAN MASUKKAN SAGU, MASAK SEHINGGA SAGU JERNIH.
BASUH SAGU DI BAWAH AIR YANG MENGALIR UNTUK MENGHILANGKAN KANJINYA.
BAHAGI KEPADA EMPAT BAHAGIAN, CAMPURKAN SETIAP BAHAGIAN DENGAN PEWARNA MERAH, HIJAU DAN KUNING (LEBIHKAN BAHAGIAN PUTIH).
MASUKKAN SAGU WARNA DAHULU DI DALAM ACUAN DAN TUTUP DENGAN SAGU BERWARNA PUTIH.
SEJUKKAN SAGU DI DALAM PETI SEJUK SEBELUM DIHIDANGKAN BERSAMA SIRAP GULA MELAKA DAN SANTAN.

BAHAN SIRAP GULA MELAKA:
250 GM GULA MELAKA – DIRACIK HALUS
50 GM GULA PASIR
2 HELAI DAUN PANDAN
300 ML AIR

CARANYA:
MASAKKAN SEMUA BAHAN SEHINGGA MENDIDIH DAN TAPIS.

BAHAN SANTAN:
250 ML SANTAN PEKAT
250 ML AIR
2 HELAI DAUN PANDAN
2 TSP GARAM

CARANYA:
MASAK SEMUA BAHAN SEHINGGA MENDIDIH DAN TAPIS.

No Responses to “Puding Sagu Gula Melaka”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: