Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Roti Jala & Kari Ayam

DAH 3-4 HARI BLOG SAYA BERCUTI. AGAKNYA SAPA2 YANG BERTANDANG KE SINI…BORING KAN…ASIK2 TENGOK POST YANG LAMA JE…TAKDE POST BARU KER..??
OK LAH…MENU SAYA SEMALAM KARI AYAM BERSAMA DUA JENIS LAGI LAUK YANG LAIN…RESEPI KARI NI, COPY LAMA DAH…DARI BRO ROZZAN… TENGAH2 DUK MENGACAU KUAH KARI TU, HATI BERBISIK ‘ALANG-ALANG DAH MASAK KARI AYAM NI…BAIK BUAT ROTI JALA SEKALI’. LAGIPUN SAYA DAH JANJI DENGAN ANAK2 NAK BUAT ROTI JALA DARI MINGGU LEPAS LAGI. ‘…TAK PE BILA DAH ABIS MASAK LAUK2 NI SEMUA, MASAK ROTI JALA PULA..’, HATIKU TERUS BERBISIK. DAH SELESAI MASAK, SAYA PUN BUKA INTERNET…CARI RESEPI ROTI JALA. DALAM BANYAK2 RESEPI, RESEPI ROTI KIRAI BRO ROZZAN JUGA BERKENAN DIHATI…PRINT RESEPI…TERUS KE DAPUR BANCUH ADUNAN.

HAA…INILAH ROTI JALA ATAU ADA JUGA ORANG YANG PANGGILNYA ROTI KIRAI. SAYA BUAT 1/3 ADUNAN JE. ROTI JALA BOLEH DIHIDANGKAN DENGAN CARA DIGULUNG ATAU DILIPAT….TERPULANGLAH PADA MASING2. RASA..? KALAU DAH LIHAT ANAK2 DAN DEAR HUBBY MAKAN BERSELERA TU…APA MAKNANYA…SEDAP LA KAN…MEREKA NI CEREWET SIKIT, KALAU TAK SEDAP, JAMAH PUN TAK NAK. TAPI YE…MEMANG PUN ROTI JALA NI SEDAP, HINGGAKAN SAYA CUMA DAPAT SEKEPING JE…BERTAMBAH ENAK BILA DIMAKAN BERSAMA KUAH KARI.
LEGA DAN SERONOK RASA BILA JANJI PADA ANAK DAH TERTUNAI…LEBIH2 LAGI ROTI JALA MAKANAN FAVOURITE MEREKA…

ROTI JALA

BAHAN-BAHAN:
1 KG TEPUNG GANDUM
300 ML SUSU CAIR (SEJAT)
950 – 1000 ML AIR
3 BIJI TELUR
3 SDT GARAM(atau ikut rasa)
SEDIKIT PEWARNA KUNING

CARANYA:
SEMUA BAHAN DISATUKAN, KACAU RATA2 LALU DITAPIS.
PANASKAN KUALI LEPER, SAPUKAN SEDIKIT MINYAK DAN MULALAH “MERENJIS” ATAU ‘MENGIRAI’.
SESEKALI SAPUKAN MINYAK ATAS KUALI.
SETELAH MASAK, AMBIL 2-3 KEPING, TANGKUPKAN DAN LIPAT.

KARI AYAM

BAHAN-BAHAN:
1 EKOR AYAM DI POTONG 8 ATAU 12 KEPING

DIKISAR HALUS DENGAN SEDIKIT AIR:
-2 BIJI BAWANG BESAR
-4 ULAS BAWANG PUTIH
-1 INCI HALA
-2 BIJI CILI MERAH (saya tambah sendiri)
-10 BIJI BADAM (tambah sendiri)

10 SUDU BESAR(mumbung) SERBUK KARI BABAS
1 BIJI BAWANG BESAR (hiris)
5 KUNTUM BUNGA CENGKIH
3 KUNTUM BIJI PELAGA
2 INCI KAYU MANIS
1 HELAI DAUN PANDAN (tambah sendiri sbb takde daun kari)
1 BATANG SERAI (dititik) (tambah sendiri)
MINYAK SECUKUPNYA

200 ML SANTAN KOTAK
3 BIJI KENTANG (belah 4)
2 BIJI TOMATO (optional)
GARAM & GULA SECUKUP RASA
2 SUDU BESAR KERISIK (tambah sendiri)
ASAM KEPING (tambah sendiri)

CARA:
PANASKAN MINYAK DALAM PERIUK. TUMIS SERAI, DAUN PANDAN, BAWANG BESAR HIRIS DAN REMPAH PENUMIS HINGGA BAWANG LAYU. MASUKKAN BAHAN KISAR YANG TELAH DICAMPUR DGN REMPAH KARI TADI DAN KACAU RATA. TUMIS HINGGA REMPAHNYA GARING DAN NAIK BAU. KEMUDIAN MASUKKAN AYAM, SECUKUP AIR (2-3 CAWAN), GARAM, GULA DAN SEPARUH SANTAN TADI. KACAU SEBENTAR DAN BIARKAN AYAM HINGGA SETENGAH MASAK, LALU MASUKKAN KENTANG. BILA KENTANG DAN AYAM HAMPIR MASAK, MASUKKAN ASAM KEPING, LEBIHAN SANTAN TADI BERSAMA TOMATO DAN KERISIK. KECILKAN API DAN BIARKAN KUAHNYA MENDIDIH SEBENTAR (5 MINIT) SEBELUM DITUTUP API.

No Responses to “Roti Jala & Kari Ayam”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: