Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Talam Ubi Nyonya


TALAM UBI NYONYA DGN TALAM UBI TRADISI KITA TAK BANYAK BEZA DARI SEGI RASA DAN RUPA. KALAU KITA LIHAT, SEGALA KUIH NYONYA DARI APAM SEHINGGLAH KUIH2 TALAM SEMUANYA DIBERI GAYA BARU, COLOURFUL DAN CUKUP MENARIK. KUIH TALAM UBI NI PUN SATU DRPD NYONYA STYLE.
DLM GAMBAR TU, KUIHNYA NAMPAK NIPIS SIKIT SBB SAYA BUAT 1/2 RESEPI TP TERGUNA LOYANG 7″…SEPATUTNYA GUNA LOYANG 6″ BARU CANTIK TEBALNYA. KUIH TALAM NI KALAU NAK CANTIK POTONGANNYA KENALAH TUNGGU BETUL2 SEJUK. KERANA SAYA TAK SABAR NAK LIHAT HASILNYA MACAMANA…SEJAM LEPAS MASAK SAYA DAH POTONG…ITULAH SBBNYA POTONGAN NAMPAK KURANG KEMAS. KUIH2 NYONYA NI MEMANG MANIS. JD PADA SESIAPA YANG PENAWAR TU SILA KURANGKAN SUKATAN GULA IKUT KESESUAIAN MANIS MASING2 YE.

TALAM UBI NYONYA

BAHAN A:
600 GM UBI YANG SIAP DIPARUT
600 ML SANTAN
200 GM GULA PASIR
2 TBSP TEPUNG UBI

BAHAN B:
45 GM TEPUNG BERAS
45 GM TEPUNG GANDUM
85 GM TEPUNG UBI
1/2 TSP GARAM
100 GM GULA PASIR
500 ML SANTAN
40 GM JUS PANDAN
SEDIKIT PEWARNA HIJAU

CARANYA:
1. SEBATIKAN BAHAN A, TUANG DLM LOYANG DAN KUKUS SELAMA 25 MINIT.
2. SEBATIKAN BAHAN B, BAHAGIKAN KEPADA 2 BAHAGIAN. CAMPURKAN JUS PANDAN & PEWARNA HIJAU KE DALAM SATU BAHAGIAN, KACAU RATA. SEMENTARA SATU BAHAGIAN LAGI DIBIARKAN WARNA ASAL.
3. SETELAH LAPISAN UBI MASAK, TUANGKAN ADUNAN HIJAU KE ATASNYA DAN KUKUS LAGI 20 MINIT.
4. SETELAH LAPISAN HIJAU MASAK, TUANGKAN PULA ADUNAN PUTIH DAN KUKUS LAGI 20 MINIT.
5. TUNGGU HINGGA BENAR-BENAR SEJUK BARULAH DIPOTONG DAN HIDANGKAN.

No Responses to “Talam Ubi Nyonya”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: