Singgahsana Kitchen
Just another WordPress.com site

Puding Cendol Gula Melaka


SALAM SEMUA. DUA TIGA HARI NI CUACA GITU PANAS SEKALI. TERLINTAS DIFIKIRAN NAK BUAT DESSERT. BARU SAYA TERINGAT YG SAYA ADA BELI SEBUNGKUS CENDOL MINGGU LEPAS. HAJAT HATI NAK BUAT TALAM CENDOL TP TAK JADI…SIB BAIK BELUM EXPIRED LAGI. MAKA PILIHAN DESSERT SAYA HARI INI JATUH PADA PUDING CENDOL. SEBENARNYA DAH BANYAK KALI DAH BUAT PUDING NI…MEMANG SEDAP. KALAU SAYA NAK BUAT PUDING CENDOL SAYA AKAN TERUS STICK DGN RESEPI NI.

PUDING CENDOL GULA MELAKA

BAHAN A:
15 GM SERBUK AGAR-AGAR
300 ML SANTAN PEKAT
600 ML AIR
1/2 TSP GARAM
500 GM CENDOL
150 GM GULA PASIR
1 TBSP TEPUNG JAGUNG

BAHAN B:
15 GM SERBUK AGAR-AGAR
400 ML SANTAN PEKAT
500 ML AIR
200 GM GULA MERAH
1/2 TSP GARAM
1 KUNING TELUR
1 TSP ESEN VANILLA
1 TSP PEWARNA COKLAT

CARA-CARA:
1. MASAK KESEMUA BAHAN A KECUALI CENDOL SEHINGGA HAMPIR PEKAT SEPERTI MEMBUAT KUIH TALAM. SETELAH MASAK TUTUP API, TAPIS DAN MASUKKAN CENDOL, KACAU RATA.
2. TUANGKAN KE DALAM LOYANG 9X9X3 DAN BIARKAN BEKU. LOYANG HENDAKLAH DIBASAHKAN TERLEBIH DULU SUPAYA PUDING MUDAH DIKELUARKAN.
3. BAHAN B DIMASAK SEHINGGA SEBATI DAN LAPISKAN KE LAPISAN CENDOL, BIARKAN BEKU. PASTIKAN LAPISAN CENDOL DICAKAR2 TERLEBIH DULU SUPAYA MEMUDAHKAN LAPISAN LEKAT ANTARA SATU SAMA LAIN.
4. SEJUKKAN SEBELUM DIPOTONG DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN.

No Responses to “Puding Cendol Gula Melaka”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: